E-PEMBELAJARAN - MENGAJI AL-QURAN 'ONLINE'

 

3 mac

 

Tujuan

Aktiviti pembelajaran dalam talian ini adalah untuk membantu peserta memahirkan cara membaca Al-quran secara digital dengan lebih mudah tanpa perlu membuka naskhah Al-quran yang sebenar. Disamping itu ia bertujuan menjadikan PI sebagai platform penyebaran agama yang sahih.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.surah.my. Setiap peserta diminta membaca surah Al-Fatihah & surah Yassin secara bergilir-gilir beserta dengan maksud terjemahan sehingga habis surah tersebut.

 

 

AKTIVITI PROMOSI & KESEDARAN - PROMOSI MODUL DASHBOARD PI1M

 

2 mac

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi modul-modul yang terdapat dalam Dashboard PI agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Peserta diberikan kuiz mudah oleh petugas untuk menguji tahap pengetahuan mereka tentang dashboard PI.

 

 

AKTIVITI ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) - PEMBULI SIBER

 

2 mac 2

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta terutamanya golongan remaja sekolah agar tidak terlibat dengan gejala buli siber. Hal ini kerana remaja kini sangat terdedah kepada penyalahgunaan gajet komunikasi dengan cara melakukan buli siber terhadap kenalan mereka. Gelaja buli siber dapat dibendung dengan pendedahan tentang akibat dan kesan buruk perlakuan ini kepada mereka.

 

Aktiviti

Peserta dipertontonkan dengan video mengenai buli siber. Taklimat ringkas diberikan oleh petugas tentang kesan buruk buli siber dan langkah yang sepatutnya diambil untuk mengatasinya.

 

 

AKTIVITI ADVOKASI - CHECK YOUR LABEL

 

2 mac 3

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi aplikasi yang boleh digunakan untuk menguji keselamatan alat komunikasi yang digunakan melalui 'Check Your Label'. Aplikasi ini berfungsi menguji alat peranti pengguna samada ianya selamat dan disahkan pembuatannya.

 

Aktiviti

Peserta diberikan bimbingan ringkas fungsi 'check your label'. Kemudian mereka diminta untuk memuat turun aplikasi tersebut melalui 'play store'. Setelah itu, mereka boleh terus menyemak samada alat peranti mereka selamat atau sebaliknya.