KELAS MICROSOFT POWER POINT - MEMASUKKAN 'MIND MAP GRAPHIC' KE DALAM 'SLIDE PRESENTATION' KERJA KURSUS SEJARAH

 

mindmap

 

  1. Tujuan
  2. Kelas bimbingan Microsoft power point adalah bertujuan membantu pelajar cara asas memasukkan data dalam bentuk ‘mind map graphic’ atau peta minda ke dalam ‘slide presentation’ kerja kursus.

 

Aktiviti

  1. Kelas Microsoft power point ‘mind map graphic’ melibatkan seorang pelajar sekolah menengah yang menyiapkan kerja kursus. Petugas membimbing langkah demi langkah asas dengan satu contoh, kemudian pelajar akan meneruskan pembelajaran dengan bahan yang seterusnya.

 

 

KELAS MICROSOFT WORD - MERANGKA RESUME BAGI PERMOHONAN KERJA

 

rangkaresume

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu pelajar membuat dan merangka resume yang berkualiti bagi tujuan mencari pekerjaan selepas tamat persekolahan.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office word bagi membuat resume disamping mendapatkan bahan rujukan sampel resume terbaik secara atas talian.

 

 

AKTIVITI 'REVIEW' & LATIHAN MEMASUKKAN DATA KE DALAM MYPLACE DASHBOARD

 

myplace

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi modul MyPlace yang terdapat dalam Dashboard PI1M agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Melalui modul ini, mereka boleh memuatnaik data berkaitan tempat-tempat menarik yang ada di kawasan sekitar pusat internet. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Dalam masa yang sama, peserta digalakkan memasukkan data tentang tempat menarik di sekitar kawasan pusat internet agar pengguna aplikasi Dashboard lain mendapat maklumat ini.

 

 

MICROSOFT POWER POINT - MEMASUKKAN 'SMART ART GRAPHIC & CHART' KE DALAM SLIDE POWER POINT TUGASAN SEJARAH

 

ppsej

 

Tujuan

  1. Kelas Microsoft power point adalah bertujuan membantu pelajar cara asas memasukkan ilustrasi ‘smart art graphic & chart’ ke dalam ‘slide presentation’ kerja kursus sejarah.

Aktiviti

  1. Kelas Microsoft power point ‘art graphic’ melibatkan seorang pelajar sekolah menengah yang menyiapkan kerja kursus. Petugas membimbing langkah demi langkah asas dengan satu contoh, kemudian pelajar akan meneruskan pembelajaran dengan bahan yang seterusnya.