AKTIVITI MEMBUAT PETA ASAS RUMAH SAYA

 

peta

 

Tujuan

Aktiviti membuat arah peta bertujuan menguji kreativiti berfikir peserta dalam merangka arah, kedudukan dan geografi tempat kediaman mereka sendiri. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisisan microsoft word. Sebelumnya, mereka perlu mencari logo atau gambar berkaitan jika perlu untuk dimasukkan sebagai objek pandu arah sokongan melalui google.com. Kemudian, barulah mereka akan merangkan arah jalan menuju ke kediaman masing-masing secara gambaran kreatif.

 

PAPER FOLDING PROJECT ACTIVITY

 

foldingpaper

 

Tujuan

Aktiviti 'paper folding' bertujuan menguji kemahiran dan kreativiti peserta dalam melakukan aktiviti seni lipatan kertas bagi membentuk pelbagai jenis objek. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisisan microsoft publisher. Melalui perisian tersebut, peserta diminta mengikut tutorial bergambar yang ditunjukkan tersebut tentang cara melipat kertas agar membentuk pelbagai objek berkaitan. Peserta dikehendaki membuat beberapa bentuk lipatan berbeza setiap orang.

 

ASAS MEMASUKKAN DATA 'PIE CHART & BAR CHART' UNTUK ANALISA LAPORAN

 

barchart

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu seorang usahawan memasukkan data melalui penggunaan 'pie chart & bar chart' bagi tujuan analisa laporan tugasan tesis.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office word. Petugas PI memantau cara pengguna memasukkan data dengan cara yang betul agar laporan tersebut terhasil mengkut format yang betul.

 

ASAS MEMASUKKAN 'SHAPES - BASIC SHAPES & BLOCK ARROWS' KE DALAM 'SLIDE PRESENTATION'

 

shapes

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu pelajar memasukkan bentuk - basic shapes & block arrows ke dalam slaid pembentangan tugasan sekolah agar slaid nampak lebih terperinci dan menarik.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office power point bagi membuat slaid pembentangan. Jenis bentuk yang digunakan ditentu pakai mengikut kesesuaian isi kandungan bahan.