AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

KERJASAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG RAMBAH & PERPUSTAKAAN DESA PARIT BILAL REMBAH

 

Pada tarikh 20/8/2016 yang lepas, Pusat Internet Kampung Rambah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Parit Bilal Rembah telah mengadakan aktiviti bersempena hari kemerdekaan Malaysia yang menyasarkan penyertaan komuniti remaja Kampung Rambah. Tujuan aktiviti ini adalah bagi menerapkan semangat kemerdekaan dalam diri peserta disamping menyemarakkan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-59 pada tahun ini.  Aktiviti ini telah menarik penyertaan hampir 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pengelola utama aktiviti ini adalah Puan Salwa dari perpustakaan terbabit yang menjadi orang penting merencana perjalanan dan merancang aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah penerangan ringkas tentang kemerdekaan, kuiz dan mewarna. Berikut antara gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam:-

 

DSCN0577 DSCN0580

DSCN0589 DSCN0593

DSCN0600 DSCN0604

DSCN0626 DSCN0635

DSCN0663 DSCN0665