kdb hbk 2019

 

Tujuan

Taklimat KDB bertujuan memberi penerangan dan pemahaman tentang isu buli siber dan 'online grooming' yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak / pelajar yang semakin berleluasa. Langkah ini bagi memberi kesedaran tentang keburukannya serta cara menghindarinya.

 

Aktiviti

Petugas memberikan taklimat melalui paparan slaid dan video berkaitan. Disamping itu, aktiviti sampingan seperti kuiz KDB, sususan jigsaw puzzle juga turut diadakan.

 

Gambar Disini

 

ADVOKASI - TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK RAMBAH (PENDEDAHAN AWAL INTERNET TERHADAP KANAK-KANAK DAN REMAJA)

 

kdbrambahfeb

 

Tujuan

Taklimat KDB (pendedahan awal internet dalam kalangan remaja dan kanak-kanak) di SK Rambah bertujuan memberi pendedahan dan memperkenal kepada golongan pelajar sekolah rendah tentang kemudahan internet sebagai platform carian dan pengumpulan maklumat serta tips-tips keselamatan internet agar ia dapat digunakan secara berhemah.

 

Aktiviti

Petugas PI menunjukkan slaid pembentangan kepada pelajar disamping memainkan video bersesuaian juga diutarakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman peserta selepas taklimat.

 

MULTIMEDIA - VIDEO BELAJAR IQRA' 1

 

update iqra

 

Tujuan

Kelas multimedia video belajar iqra'1 bertujuan membantu peserta belajar membaca iqra' asas secara interaktif.

 

Aktiviti

Petugas PI membukakan laman www.youtube.com dengan membuat carian video bacaan iqra' untuk pelajar kanak-kanak yang mana mereka boleh mengikuti bacaan dari video tersebut.

 

'FUN RACE KDB' DI PDK SINAR BAKTI

 

pdk

 

Tujuan

Aktiviti 'fun race kdb' bertujuan mempromosi aktiviti klik dengan bijak kepada golongan kurang upaya penghuni PDK Sinar Bakti agar mereka boleh belajar berkomunikasi dan bersosial menerusi aktiviti ilmiah yang dijalankan.

 

Aktiviti

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap kumpulan di bantu oleh seorang petugas PI. Mereka perlu bersaing menyelesaikan tugasan berkumpulan berkaitan KDB dan kumpulan paling banyak menang dikira sebagai juara keseluruhan.

 

TAKLIMAT KDB - TIPS KESELAMATAN INTERNET DI SK RAMBAH

 

kdbrambah

 

Tujuan

Taklimat KDB di SK Rambah bertujuan memberi pendedahan dan memperkenal kepada golongan pelajar sekolah rendah tentang kemudahan internet sebagai platform carian dan pengumpulan maklumat serta tips-tips keselamatan internet agar ia dapat digunakan secara berhemah.

 

Aktiviti

Petugas PI menunjukkan slaid pembentangan kepada pelajar disamping memainkan video bersesuaian juga diutarakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman peserta selepas taklimat.

 

PROMOSI DASHBOARD MYSHOP

 

anpdashboard

 

Tujuan

Aktiviti promosi Dashboard MyShop adalah bertujuan memberi peluang peserta mendapatkan maklumat pelbagai produk PI yang terjual di seluruh negara untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

 

Aktiviti

Pengguna perlu melayari laman web www.dashboard.pi1m.my kemudian, mereka perlu login. Seterusnya mereka boleh 'review' pelbagai produk yang terdapat dalam modul yang mengandungi maklumat terperinci seperti penjual, harga, dan maklumat produk.

 

PROMOSI KUIZ DASHBOARD MYCAREER 2018

 

kuizkarier

 

Tujuan

Aktiviti promosi Dashboard MyCareer bertujuan menggalakkan pernyertaan pengguna perkhidmatan PI berstatus ahli untuk menyertai pertandingan kuiz dashboard mycareer seterusnya memberi mereka peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Selain itu, aktiviti ini bertujuan memperluas lagi penggunaan Dashboard komuniti ini ke seluruh komuniti.

 

Aktiviti

Pengguna perlu melayari laman web www.dashboard.pi1m.my kemudian, mereka perlu login. Seterusnya mereka perlu klik pada modul My Komuniti dan klik Kuiz Dashboard. Terdapat sebanyak 16 soalan yang perlu dijawab dan dihantar secara atas talian.

 

ADVOKASI CHECK YOUR LABEL

 

cylnov

 

Tujuan

Aktiviti check your label bertujuan memberi pendedahan  kepada peserta tentang cara pemeriksaan alat peranti komunikasi bagi menentukan samada alat komunikasi mereka selamat atau tidak mengikut piawaian MCMC.

 

Aktiviti

Pengguna perlu memuat turun aplikas Check Your Label melalui google appstore. Setelah itu, mereka perlu memasukkan data yang diperlukan seperti yang diminta, kemudian maklumat terperinci mengenai tahap keselamatan telefon tersebut akan terpapar.

 

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET RAMBAH 2018

 

cover jom sihat

 

Tujuan

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Rambah 2018 bertujuan memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat & mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti

Aktiviti utama pogram jom sihat adalah fokus kepada taklimat dan pemeriksaan berkaitan kesihatan terhadap komuniti. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti senamrobik, pertandingan pushup challenge, pertandingan jus sihat, pertandingan tag lokasi pusat kesihatan, pemeriksaan gigi, aktiviti berus gigi dan juga taklimat merokok.

 

AKTIVITI MEMBUAT PETA ASAS RUMAH SAYA

 

peta

 

Tujuan

Aktiviti membuat arah peta bertujuan menguji kreativiti berfikir peserta dalam merangka arah, kedudukan dan geografi tempat kediaman mereka sendiri. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisisan microsoft word. Sebelumnya, mereka perlu mencari logo atau gambar berkaitan jika perlu untuk dimasukkan sebagai objek pandu arah sokongan melalui google.com. Kemudian, barulah mereka akan merangkan arah jalan menuju ke kediaman masing-masing secara gambaran kreatif.

 

PAPER FOLDING PROJECT ACTIVITY

 

foldingpaper

 

Tujuan

Aktiviti 'paper folding' bertujuan menguji kemahiran dan kreativiti peserta dalam melakukan aktiviti seni lipatan kertas bagi membentuk pelbagai jenis objek. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisisan microsoft publisher. Melalui perisian tersebut, peserta diminta mengikut tutorial bergambar yang ditunjukkan tersebut tentang cara melipat kertas agar membentuk pelbagai objek berkaitan. Peserta dikehendaki membuat beberapa bentuk lipatan berbeza setiap orang.

 

ASAS MEMASUKKAN DATA 'PIE CHART & BAR CHART' UNTUK ANALISA LAPORAN

 

barchart

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu seorang usahawan memasukkan data melalui penggunaan 'pie chart & bar chart' bagi tujuan analisa laporan tugasan tesis.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office word. Petugas PI memantau cara pengguna memasukkan data dengan cara yang betul agar laporan tersebut terhasil mengkut format yang betul.

 

ASAS MEMASUKKAN 'SHAPES - BASIC SHAPES & BLOCK ARROWS' KE DALAM 'SLIDE PRESENTATION'

 

shapes

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu pelajar memasukkan bentuk - basic shapes & block arrows ke dalam slaid pembentangan tugasan sekolah agar slaid nampak lebih terperinci dan menarik.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office power point bagi membuat slaid pembentangan. Jenis bentuk yang digunakan ditentu pakai mengikut kesesuaian isi kandungan bahan.

 

Sub-kategori