HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET PARIT BILAL REMBAH 2018

 

laporan aktiviti julai 2018

 

  1. Tujuan
  2. Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Parit Bilal Rembah 2018 bertujuan mempromosi perkhidmatan tersedia di pusat internet ini disamping usaha hebahan promosi beberapa pelan aktiviti advokasi seperti Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste, Sebenarnya.My, Check Your Label serta Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan perasmian oleh wakil komuniti Kampung Rambah iaitu Encik Mohd Shah Bin Jaafar. Seterusnya majlis diteruskan dengan aktiviti utama iaitu taklimat bagi aktiviti advokasi iaitu taklimat untuk KDB, Check Your Label, Mobile E-waste, Sebenarya.My dan juga aktiviti utama penerangan mengenai Dashboard Komuniti. Disamping itu, beberap aktiviti sampingan turut dianjurkan antaranya 'fastyping' untuk dewasa dan kanak-kanan, pertandingan 'Sandwich Exotic', pameran usahawan dan badan NGO juga pemeriksaan tekanan darah. Total kehadiran pengunjung amat memberangsangkan iaitu seramai 112 orang.

 

KELAS MICROSOFT POWER POINT - MEMASUKKAN 'MIND MAP GRAPHIC' KE DALAM 'SLIDE PRESENTATION' KERJA KURSUS SEJARAH

 

mindmap

 

  1. Tujuan
  2. Kelas bimbingan Microsoft power point adalah bertujuan membantu pelajar cara asas memasukkan data dalam bentuk ‘mind map graphic’ atau peta minda ke dalam ‘slide presentation’ kerja kursus.

 

Aktiviti

  1. Kelas Microsoft power point ‘mind map graphic’ melibatkan seorang pelajar sekolah menengah yang menyiapkan kerja kursus. Petugas membimbing langkah demi langkah asas dengan satu contoh, kemudian pelajar akan meneruskan pembelajaran dengan bahan yang seterusnya.

 

 

KELAS MICROSOFT WORD - MERANGKA RESUME BAGI PERMOHONAN KERJA

 

rangkaresume

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu pelajar membuat dan merangka resume yang berkualiti bagi tujuan mencari pekerjaan selepas tamat persekolahan.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office word bagi membuat resume disamping mendapatkan bahan rujukan sampel resume terbaik secara atas talian.

 

 

AKTIVITI 'REVIEW' & LATIHAN MEMASUKKAN DATA KE DALAM MYPLACE DASHBOARD

 

myplace

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi modul MyPlace yang terdapat dalam Dashboard PI1M agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Melalui modul ini, mereka boleh memuatnaik data berkaitan tempat-tempat menarik yang ada di kawasan sekitar pusat internet. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Dalam masa yang sama, peserta digalakkan memasukkan data tentang tempat menarik di sekitar kawasan pusat internet agar pengguna aplikasi Dashboard lain mendapat maklumat ini.

 

 

MICROSOFT POWER POINT - MEMASUKKAN 'SMART ART GRAPHIC & CHART' KE DALAM SLIDE POWER POINT TUGASAN SEJARAH

 

ppsej

 

Tujuan

  1. Kelas Microsoft power point adalah bertujuan membantu pelajar cara asas memasukkan ilustrasi ‘smart art graphic & chart’ ke dalam ‘slide presentation’ kerja kursus sejarah.

Aktiviti

  1. Kelas Microsoft power point ‘art graphic’ melibatkan seorang pelajar sekolah menengah yang menyiapkan kerja kursus. Petugas membimbing langkah demi langkah asas dengan satu contoh, kemudian pelajar akan meneruskan pembelajaran dengan bahan yang seterusnya.

ADVOKASI (KDB) - CARIAN BAHAN HUJAH 'ENGLISH PUBLIC SPEAKING'

 

25 mac

 

Tujuan

Aktiviti advokasi bertujuan membantu peserta untuk mendapatkan bahan rujukan untuk isi kandungan hujah pengucapan awam bahasa inggeris sebagai tugasan sekolah. Isi kandungan meliputi pemilihan isi utama, tatabahasa dan susunan ayat yang betul.

 

Aktiviti

Peserta memanfaatkan penggunaan google search dan akhabar 'online' bahasa inggeris untuk mencari bahan hujah yang berkualiti dan juga turut menggunaka kamus 'online' untuk mencari maksud perkataan.

 

MULTIMEDIA (MEDIUM MEDIA BARU) - REVIEW INSTAGRAM

 

22 mac

 

Tujuan

Kelas multimedia ini bertujuan mendedahkan kepada peserta tentang perkembangan media sosial untuk komunikasi yang baru iaitu instagram yang mengandung pelbagai fungsi seperti perkongsian maklumat, komunikasi dan video.

 

Aktiviti

Peserta login masuk menggunakan maklumat diri yang telah didaftarkan. Setelah itu, mereka boleh review isi kandungan instagram samada milik sendiri atau kenalan di media.

 

MICROSOFT OFFICE WORD - MEMBUAT SENARAI NAMA KELAS (REWARD CHART)

 

22 mac 2

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu pelajar membuat senarai nama pelajar kelas menggunakan asas kolum pada microsoft word bagi melengkapkan tugasan 'reward chart'.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office word bagi membuat senarai nama pelajar.

 

ICT & KOMUNIKASI - PENGGUNAAN APLIKASI WEBCAM

 

6 april

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ict & komunikasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi dan teknologi terkini berkaitan foto & video webcam secara online. Peserta boleh mengambil gambar secara spontan dan disimpan didalam desktop.

 

Aktiviti

Peserta perlu melayari webcamtoy.com terlebih dahulu. Peserta boleh mengambil gambar secara atas talian menggunakan lebih kurang 80 kesan khas gambar yang menarik. Gambar tersebut boleh disimpan didalam komputer dan kemudian dimuatnaik kedalam media sosial mengikut kehendak peserta.

 

E-PEMBELAJARAN - MENYIAPKAN TUGASAN SEKOLAH SECARA ATAS TALIAN MELALUI PORTAL PENDIDIKAN BESTARI.NET

 

6 april 2

 

Tujuan

Tujuan aktiviti e-pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah yang pada masa kini kebanyakkanya perlu dilaksanakan secara atas talian. Penggunaan portal secara atas talian adalah lebih terkini yang mana bertujuan memudahkan pelajar mendapatkan maklumat pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

 

Aktiviti

Pelajar melayari pelayar dengan carian portal pendidikan www.bestari.net. Dalam portal tersebut, terkandung bahan pembelajaran dan pengajaran terkini untuk rujukan pelajar membuat tugasan. Pelajar boleh menyiapkan tugasan secara terus dalam talian atau memuat turun tugasan terlebih dahulu.

 

PROMOSI DASHBOARD KOMUNITI - REVIEW MODUL MYKOMUNITI & MENJAWAB KUIZ DASHBOARD 2018

 

5 apri

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi modul Mykomuniti yang terdapat dalam Dashboard PI1M agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Melalui modul ini, mereka boleh menyampaikan info, membuat pengumuman atau membuat jemputan majlis kepada komuniti setempat yang berdaftar. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Dalam masa yang sama, peserta digalakkan menjawab kuiz dashboard yang terdapat dalam modul tersebut yang secara automatik menyertai pertandingan Kuiz Dasahboard Komuniti 2018. Peserta diberikan kuiz mudah oleh petugas untuk menguji tahap pengetahuan mereka tentang dashboard pi1m.

 

E-PEMBELAJARAN - MENGAJI AL-QURAN 'ONLINE'

 

3 mac

 

Tujuan

Aktiviti pembelajaran dalam talian ini adalah untuk membantu peserta memahirkan cara membaca Al-quran secara digital dengan lebih mudah tanpa perlu membuka naskhah Al-quran yang sebenar. Disamping itu ia bertujuan menjadikan PI sebagai platform penyebaran agama yang sahih.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.surah.my. Setiap peserta diminta membaca surah Al-Fatihah & surah Yassin secara bergilir-gilir beserta dengan maksud terjemahan sehingga habis surah tersebut.

 

 

AKTIVITI PROMOSI & KESEDARAN - PROMOSI MODUL DASHBOARD PI1M

 

2 mac

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi modul-modul yang terdapat dalam Dashboard PI agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Peserta diberikan kuiz mudah oleh petugas untuk menguji tahap pengetahuan mereka tentang dashboard PI.

 

 

AKTIVITI ADVOKASI (KLIK DENGAN BIJAK) - PEMBULI SIBER

 

2 mac 2

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta terutamanya golongan remaja sekolah agar tidak terlibat dengan gejala buli siber. Hal ini kerana remaja kini sangat terdedah kepada penyalahgunaan gajet komunikasi dengan cara melakukan buli siber terhadap kenalan mereka. Gelaja buli siber dapat dibendung dengan pendedahan tentang akibat dan kesan buruk perlakuan ini kepada mereka.

 

Aktiviti

Peserta dipertontonkan dengan video mengenai buli siber. Taklimat ringkas diberikan oleh petugas tentang kesan buruk buli siber dan langkah yang sepatutnya diambil untuk mengatasinya.

 

 

AKTIVITI ADVOKASI - CHECK YOUR LABEL

 

2 mac 3

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi aplikasi yang boleh digunakan untuk menguji keselamatan alat komunikasi yang digunakan melalui 'Check Your Label'. Aplikasi ini berfungsi menguji alat peranti pengguna samada ianya selamat dan disahkan pembuatannya.

 

Aktiviti

Peserta diberikan bimbingan ringkas fungsi 'check your label'. Kemudian mereka diminta untuk memuat turun aplikasi tersebut melalui 'play store'. Setelah itu, mereka boleh terus menyemak samada alat peranti mereka selamat atau sebaliknya.

 

Sub-kategori