PROGRAM CUTI SEKOLAH - MINI DASHBOARD KOMUNITI & KLIK DENGAN BIJAK 2017

 

21 dis

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mengisi waktu senggang cuti sekolah pelajar dengan aktiviti promosi berkaitan Dashboard PI1M agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Selain itu terdapat aktiviti sampingan dijalankan seperti bina perkataan, membuat kraf ikan, membuat poster tahun baru, mewarna gambar kucing disamping penerangan tentang klik dengan bijak.

 

 

AKTIVITI 'MASTERCHEF PI1M' - MEMBUAT MINI PIZZA

 

16 dis

 

Tujuan

Aktiviti masterchef PI1M merupakan aktiviti riadah bertujuan mengumpul sebahagian pengguna PI1M untuk bersosial dan melakukan aktiviti komuniti di PI1M melalui pembuatan pizza mini. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama pengguna serta menggalakkan aktiviti santai bersama petugas PI1M.

 

Aktiviti

Bahan masakan dan perkakas disediakan oleh petugas. Peserta dibekalkan dengan doh pizza, kemudian mereka perlu menghias 'topping' pizza mengikut selera dan kreativiti sendiri. Keselamatan dan kebersihan diawasi oleh petugas PI1M.

 

 

E-PEMBELAJARAN (TUTORIAL YOUTUBE) - MEMBUAT KRAF 'SNOWFLAKES'

 

15 dis

 

Tujuan

Aktiviti E-pembelajaran melalui tutorial ini bertujuan menguji kemahiran dan kreativiti peserta dalam melakukan aktiviti seni lipatan, potongan dan membentuk kertas bagi mendapatkan bentuk kepingan salji. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.youtube.com. Melalui laman tersebut peserta diminta mengikut tutorial yang ditunjukkan dalam video tersebut tentang cara melipat kertas agar membentuk kepingan salji. Bahan disediakan oleh petugas PI1M.

 

 

KELAS ASAS ICT (EMEL) - MEMBINA AKAUN GMAIL

 

14 dis

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan membantu peserta langkah-langkah mudah membina akaun 'google mail' bagi memudahkan membuka akaun 'facebook'. Selain itu ia juga bertujuan untuk persediaan penggunaa waktu belajar atau bekerja pada masa hadapan.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.google.com. Melalui laman tersebut peserta diminta mengisi segala maklumat diri berkaitan yang diperlukan secara atas talian dan kemudiannya akaun 'gmail' akan tercipta.

 

 

MICROSOFT OFFICE (MICROSOFT WORD) - BIMBINGAN MEMBUAT RESUME PERMOHONAN KERJA

 

3 dis

 

Tujuan

Kelas bimbingan microsoft word ini bertujuan membantu peserta membina serta mereka sebuah resume yang ringkas tetapi padat dan lengkap sebagai persediaan memohon perkerjaan jawatan kosong.

 

Aktiviti

Peserta melayari laman web untuk mencari contoh-contoh format yang berkualiti untuk dijadikan panduan. Petugas membantu dari segi penyusunan data, pengisian maklumat dan penggunaan ayat dalam resume.

 

E-PEMBELAJARAN - TUTORIAL MEMBUAT KRAF KERTAS BERBENTUK HAIWAN

 

18 nov

 

Tujuan

Aktiviti E-pembelajaran melalui tutorial ini bertujuan menguji kemahiran dan kreativiti peserta dalam melakukan aktiviti seni lipatan kertas bagi membentuk haiwan. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.youtube.com. Melalui laman tersebut peserta diminta mengikut tutorial yang ditunjukkan dalam video tersebut tentang cara melipat kertas agar membentuk objek dengan tema haiwan. Peserta dikehendaki membuat 3 bentuk berbeza setiap orang.

 

 

LITERASI DIGITAL (KLIK DENGAN BIJAK) - EJAWI

 

17 nov

 

Tujuan

Kelas literasi digital Klik Dengan Bijak ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar mudahnya mendapatkan maklumat dengan menggunakan teknologi semasa dan internet. Mereka boleh mendapatkan jawapan, bahan rujukan atau apa sahaja maklumat dengan dihujung jari sahaja. Bagi kelas ini, mereka boleh belajar jawi secara atas talian.

 

Aktiviti

Peserta dibekalkan dengan sekeping kertas yang mengandungi soalan dalam bahasa melayu. Mereka perlu melayari laman web jawi.net untuk mencari terjemahan dalam bahasa jawi.

 

KELAS ICT + MICROSOFT WORD - EDIT SURAT RASMI & MEMBUAT JADUAL DATA

 

23 sep

 

Tujuan

Kelas ICT ini melibatkan seorang warga emas yang bertujuan memperbaiki surat rasmi yang telah siap dibuat untuk penambahbaikan dan penambahan data berjadual.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta memperbetulkan ejaan perkataan yang salah, format surat rasmi, memasukkan jadual, memasukkan data dan membuat cetakan.

 

 

KELAS MICROSOFT WORD - BIMBINGAN MEMBUAT BUKU SKRAP RINGKAS SUBJEK ERT

 

21 sep

 

Tujuan

Kelas microsoft word ini bertujuan membantu seorang pelajar membuat tugasan buku skrap subjek Ekonomi Rumah Tangga dengan tema makanan (kuih-muih).

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta mencari data dalam internet, memasukkan gambar, menyusun isi kandungan dan edit buku skrap.

 

 

KELAS MICROSOFT POWER POINT - BIMBINGAN MEMASUKKAN LATAR BELAKANG, CARTA DAN GAMBAR KE DALAM 'SLIDE' GEOGRAFI

 

21 sep 2

 

Tujuan

Kelas microsoft power point ini bertujuan membantu seorang pelajar menyiapkan 'slide presentation' beliau dalam subjek geografi sebagai tugasan sekolah.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta memasukkan latar belakang berwarna pada 'slide', membuat carta menggunakan 'smart art' dan memasukkan gambar yang berkenaan sebagai isi kandungan tugasan.

 

KELAS ICT (PERKAKASAN KOMPUTER) - BELAJAR CARA MENGGUNAKAN 'PENDRIVE' DAN CARA MEMINDAHKAN DATA

 

12 0kt

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan membimbing peserta cara menggunakan perkakas sampingan komputer iaitu 'pendrive'. Bimbingan asas meliputi cara memasukkan 'pendrive' ke dalam komputer, mengimbas, memindah data dari komputer ke dalam 'pendrive' dan membuat 'folder' baru.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan 'pendrive' sendiri dan memasukkan ke dalam salah satu komputer. Beliau diajar mengimbas 'pendrive', membuat 'folder' baru serta memindahkan data untuk rekod.

 

 

KELAS MICROSOFT OFFICE (POWER POINT) - BIMBINGAN MEMINDAHKAN GAMBAR DARI 'SMARTPHONE' KE DALAM 'SLIDE POWER POINT'

 

9 0kt

 

Tujuan

Kelas power point ini bertujuan membimbing peserta cara memindahkan gambar yang terkandung dalam 'smartphone' mereka kedalam komputer untuk dimasukkan ke dalam 'slide presentation. Kemudian, 'slide' tersebut di edit dengan kemas.

 

Aktiviti

Peserta dibekalkan dengan wayar USB sebagai perkakas sampingan untuk memindahkan data dari 'smartphone' ke dalam komputer. Proses dilakukan secara berperingkat dengan pemindahan data, edit slide, dan memasukkan gambar.

 

 

AKTIVITI E-PEMBELAJARAN (KUIZ) - UJIAN I1 2.0 & UJIAN UMUR MENTAL

 

6 0kt

 

Tujuan

Aktiviti E-pembelajaran kuiz ini adalah bertujuan menguji tahap kemahiran berfikir dan menjawab soalan pengetahuan am, menguji minda serta menguji cara bagaimana peserta dapat menyelesaikan soalan permasalahan.

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki menjawab 2 jenis ujian secara berasingan yang mana peringkat pertama mereka perlu menjawab soalan ujian IQ 2.0 yang mengandungi soalan pengetahuan am dan penyelesaian masalah. Peringkat kedua adalah mereka diuji dengan soalan-soalan asas yang menguji tahanp umur mental peserta.

 

 

AKTIVITI E-PEMBELAJARAN (TUTORIAL) - MEMBUAT PELBAGAI JENIS ORIGAMI

 

6 0kt 2

 

Tujuan

Aktiviti E-pembelajaran melalui tutorial ini bertujuan menguji kemahiran dan kreativiti peserta dalam melakukan aktiviti seni lipatan kertas bagi membentuk pelbagai jenis objek. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.youtube.com. Melalui laman tersebut peserta diminta mengikut tutorial yang ditunjukkan dalam video tersebut tentang cara melipat kertas agar membentuk pelbagai objek berkaitan. Peserta dikehendaki membuat 4 origami dengan bentuk berbeza setiap orang.

 

 

AKTIVITI E-PEMBELAJARAN (PEMBELAJARAN DALAM TALIAN) - MENGAJI AL-QURAN 'ONLINE'

 

6 0kt 3

 

Tujuan

Aktiviti pembelajaran dalam talian ini adalah untuk membantu peserta memahirkan cara membaca Al-quran secara digital dengan lebih mudah tanpa perlu membuka naskhah Al-quran yang sebenar. Disamping itu ia bertujuan menjadikan PI1M sebagai platform penyebaran agama yang sahih.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.surah.my. Setiap peserta diminta membaca surah Al-Fatihah & Al-Baqarah secara bergilir-gilir beserta dengan maksud terjemahan sehingga habis surah tersebut.

 

KELAS ICT -  BIMBINGAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PERJAWATAN SPA 'ONLINE'

 

 11 sep

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan membantu seorang belia membuat pendaftaran pekerjaan SPA pertama kali bagi memohon mendapatkan pekerjaan sektor kerajaan.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta melayari laman web www.spa.gov.my, kemudian daftar pengguna pada laman tersebut. Seterusnya membantu peserta mengisi kesemua maklumat dikehendaki secara atas talian dan akhir sekali hantar permohonan.

 

 

KELAS ICT -  BIMBINGAN MEMBUAT PENDAFTARAN MOHON PINJAMAN PTPTN PERTAMA KALI

 

7 sep

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan membantu seorang belia membuat pendaftaran mohon pinjaman PTPTN pertama kali bagi mendapatkan bantuan pembiayaan pinjaman pendidikan menyambung pengajian ke IPT.

 

Aktiviti

Petugas membantu peserta melayari laman web PTPTN, kemudian daftar pengguna pada laman tersebut. Seterusnya membantu peserta mengisi kesemua maklumat dikehendaki secara atas talian dan akhir sekali hantar permohonan.

 

 

MICROSOFT OFFICE POWER POINT - BIMBINGAN MEMASUKKAN SMART ART KE DALAM 'SLIDE PRESENTATION'

 

6 sep

 

Tujuan

Kelas dihadiri 2 orang pelajar sekolah menengah. Petugas memberi bantuan kepada pelajar cara memasukkan fungsi smart art (circle) ke dalam 'slide presentation' bagi tujuan memperkemas isi pembentangan.

 

Aktiviti

Petugas membantu langkah asas memasukkan fungsi smart art seperti yang dikehendaki ke dalam 'slide'. 'Slide' di edit dengan tambahan warna, animasi, perkataan, isi dan grafik.

 

 

E-PEMBELAJARAN - KELAS MENAIP (KIRANS' FAST TYPING)

 

2 sep

 

Tujuan

Kelas menaip ini dihadiri seramai 5 orang dalam kalangan pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan cara penggunaan papan kekunci menerusi aktiviti menaip yang mengandungi pelbagai fungsi huruf, nombor dan simbol. Petugas mengharapkan agar peserta dapat membiasakan diri dengan asas penggunaan papan kekunci ini.

 

Aktiviti

Perisisian Kirans' Fast Typing adalah perisisan yang telah sedia dimuat turun kedalam komputer. Peserta diminta untuk menaip dengan pantas teks yang telah sedia ada dalam perisisan tersebut berdasarkan had waktu yang telah ditetapkan. Masa terpantas menaip dengan kesalahan yang sedikit adalah pencapaian yang terbaik. Peserta diminta mengulang beberapa teks berbeza.

 

 

E-PEMBELAJARAN - AKTIVITI BELAJAR MENGAJI ONLINE

 

2 sep 2

 

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri oleh 7 orang pelajar campuran sekolah rendah dan menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menanam minat membudayakan Al-Quran dalam diri pelajar disamping membina sahsiah yang baik dan murni.

 

Aktiviti

Pelajar diminta untuk membaca satu surah penuh secara bergilir-gilir beserta dengan terjemahan. Seorang pelajar akan membaca ayat dalam bahasa arab manakalan seorang lagi akan membaca maksudnya. Tempoh adalah selama 1 jam.

 

Sub-kategori