KELAS ICT - BIMBINGAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PERJAWATAN SPA 'ONLINE'
http://paritbilalrembah.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=25#sigFreeId3698dd9d64
Tujuan
Kelas ICT ini bertujuan membantu seorang belia membuat pendaftaran pekerjaan SPA pertama kali bagi memohon mendapatkan pekerjaan sektor kerajaan.
Aktiviti
Petugas membantu peserta melayari laman web www.spa.gov.my, kemudian daftar pengguna pada laman tersebut. Seterusnya membantu peserta mengisi kesemua maklumat dikehendaki secara atas talian dan akhir sekali hantar permohonan.
KELAS ICT - BIMBINGAN MEMBUAT PENDAFTARAN MOHON PINJAMAN PTPTN PERTAMA KALI
http://paritbilalrembah.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=25#sigFreeId5d426bc3df
Tujuan
Kelas ICT ini bertujuan membantu seorang belia membuat pendaftaran mohon pinjaman PTPTN pertama kali bagi mendapatkan bantuan pembiayaan pinjaman pendidikan menyambung pengajian ke IPT.
Aktiviti
Petugas membantu peserta melayari laman web PTPTN, kemudian daftar pengguna pada laman tersebut. Seterusnya membantu peserta mengisi kesemua maklumat dikehendaki secara atas talian dan akhir sekali hantar permohonan.
MICROSOFT OFFICE POWER POINT - BIMBINGAN MEMASUKKAN SMART ART KE DALAM 'SLIDE PRESENTATION'
http://paritbilalrembah.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=25#sigFreeId90cb45f391
Tujuan
Kelas dihadiri 2 orang pelajar sekolah menengah. Petugas memberi bantuan kepada pelajar cara memasukkan fungsi smart art (circle) ke dalam 'slide presentation' bagi tujuan memperkemas isi pembentangan.
Aktiviti
Petugas membantu langkah asas memasukkan fungsi smart art seperti yang dikehendaki ke dalam 'slide'. 'Slide' di edit dengan tambahan warna, animasi, perkataan, isi dan grafik.
E-PEMBELAJARAN - KELAS MENAIP (KIRANS' FAST TYPING)
http://paritbilalrembah.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=25#sigFreeId7767b5ac78
Tujuan
Kelas menaip ini dihadiri seramai 5 orang dalam kalangan pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan cara penggunaan papan kekunci menerusi aktiviti menaip yang mengandungi pelbagai fungsi huruf, nombor dan simbol. Petugas mengharapkan agar peserta dapat membiasakan diri dengan asas penggunaan papan kekunci ini.
Aktiviti
Perisisian Kirans' Fast Typing adalah perisisan yang telah sedia dimuat turun kedalam komputer. Peserta diminta untuk menaip dengan pantas teks yang telah sedia ada dalam perisisan tersebut berdasarkan had waktu yang telah ditetapkan. Masa terpantas menaip dengan kesalahan yang sedikit adalah pencapaian yang terbaik. Peserta diminta mengulang beberapa teks berbeza.
E-PEMBELAJARAN - AKTIVITI BELAJAR MENGAJI ONLINE
http://paritbilalrembah.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/laporan-aktiviti?start=25#sigFreeId4842c2bb4f
Tujuan
Aktiviti ini dihadiri oleh 7 orang pelajar campuran sekolah rendah dan menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menanam minat membudayakan Al-Quran dalam diri pelajar disamping membina sahsiah yang baik dan murni.
Aktiviti
Pelajar diminta untuk membaca satu surah penuh secara bergilir-gilir beserta dengan terjemahan. Seorang pelajar akan membaca ayat dalam bahasa arab manakalan seorang lagi akan membaca maksudnya. Tempoh adalah selama 1 jam.