MESYUARAT KLUSTER (PUSAT INTERNET) PONTIAN
&
JAMUAN HARI RAYA 2016
Satu Mesyuarat Kluster (Pusat Internet) Pontian telah diadakan bagi membincangkan beberapa isu dan perancangan masa hadapan berkaitan aktiviti-aktiviti pusat internet. Disamping itu, jamuan hari raya turut berlangsung secara sederhana melibatkan semua petugas pusat internet daerah Pontian. Berikut adalah maklumat berkaitan aktiviti yang telah berlangsung:-
Tarikh : 21/7/2016
Masa : 9.30 - 1.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Pulai Sebatang
Peserta : Semua pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Daerah Pontian
Agenda : - Mesyuarat Kluster Pontian:- perancangan Hari Bersama PI, pembinaan website
kluster Pontian dll.
- Jamuan ringan hari raya
Berikut disertakan bersama beberapa keping gambar sewaktu aktiviti berlangsung:-
MAJLIS INDAHNYA AIDILFITRI 2016
PDK SINAR BAKTI PONTIAN
Petugas Pusat Internet Kampung Rambah telah dijemput untuk menghadiri Majlis Indahnya Aidilfitri 2016 anjuran PDK Sinar Bakti Pontian. Majlis telah berlangsung meriah dan jayanya dengan dihadiri penjaga ahli PDK Sinar Bakti Pontian, beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan dan penduduk setempat. Beberapa acara penting telah berlangsung antaranya persembahan dari ahli PDK Sinar Bakti, ucapan dari YB Datuk Tee Siew Kiong serta penyampaian hadiah dan cenderahati.
Tarikh : 21/7/2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : PDK Sinar Bakti Pontian
Dif Kehormat : YB Datuk Tee Siew Kiong
Berikut adalah beberapa keping gambar sewaktu majlis berlangsung:-