KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 3 TAHUN  2020)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Puan Nasyrah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau telah memilih untuk berhenti bekerja disebabkan kekangan masa untuk bersama anak-anak dan suami yang kurang disebabkan waktu bekerja mengikut jadual ‘shift’. Pekerjaan beliau sebelum ini ialah seorang sukarelawan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Asal mula penglibatan beliau di PI apabila beliau membuat keputusan untuk belajar komputer dan kemahiran media sosial ICT kerana ingin berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian. Puan Nasyrah hanya tahu menggunakan komputer untuk menaip kerja biasa sahaja. Beliau tidak mempunyai idea untuk menggunakan aplikasi dalam komputer dan kemahiran menggunakan komputer juga hanyalah pengetahuan asas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas rekomendasi dari rakannya, beliau telah pergi ke pusat internet untuk belajar komputer. Ternyata pilihan Puan Nasyrah menggunakan perkhidmatan PI adalah sangat tepat. Beliau berasa sangat selesa mengikuti kelas ICT disini. Persekitaran bersih, suasana tenang dan terkawal, penyelenggaraan komputer yang baik membantu mewujudkan emosi belajar yang selesa. Dari segi pengetahuan ICT pula, beliau boleh dikategorikan sebagai pengguna komputer berpengetahuan asas. Boleh menggunakan komputer, namun tidak lengkap. Setelah mengikuti kelas bimbingan ICT dari petugas khususnya microsoft power point dan microsoft word, ‘website’ & media sosial, tahap kemahiran beliau semakin bertambah. Sifat rajin bertanya membuatkannya begitu optimis dan cepat memahami penggunaan perisian komputer tersebut. Kini beliau mampu mengendali komputer dengan pengawasan yang kurang dari petugas.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

- Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point & word.

- Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

- Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

- Mempelajari cara asas mengendali alat perkakasan perkomputer sampingan seperti mesin pencetak dan penggunaan USB.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

- Memberi kelas bimbingan ICT percuma

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

- Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

- Menyediakan ruang persekitaran pembelajaran yang tenang, selamat dan kondusif demi keselesaan pengguna.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 3 TAHUN  2020)

USAHAWAN

 

 

Latar belakang

Muhammad Nooradli atau lebih mesra disapa adli merupakan seorang usahawan muda dalam bidang perkhidmatan percetakan ini. Beliau merupakan seorang bekas pelajar tingkatan enam yang telah mengambil keputusan untuk menjalankan perkhidmatan ini secara serius sebaik tamat persekolahan. Oleh sebab minat yang mendalam dalam bidang ini, beliau mengambil langkah drastik memulakan perniagaan ini seawal mungkin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai seorang yang mahir dalam pengendalian komputer dan perisian ICT, beliau tidak mudah jemu untuk menuntut ilmu. Beliau rajin untuk hadir ke pusat internet bagi mempelajari ilmu ict baru serta berkongsi idea bersama petugas PI tentang perkembangan ICT dan teknologi terbaharu. Beliau komited untuk belajar aplikasi-aplikasi terbaru yang ada kini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah memperluaskan lagi rangkaian pengiklanan perkhidmatan percetakan  beliau. Melalui perkongsian idea dan panduan daripada petugas pusat internet, beliau diterangkan secara lisan tentang asas keusahawanan contohnya kemahiran usahawan ‘online’, penjualan melalui telefon, cara merekod tempahan dan melayari laman internet bagi tujuan pemasaran terbaik. Beliau juga menggunakan medium telefon (whatsapp) dan ‘faceboook’ bagi tujuan pemasaran. Hasilnya, beliau banyak menerima tempahan cetakan dokumen / foto hampir setiap hari. Beliau juga mampu untuk membeli mesin asas cetakan sendiri hasil dari perniagaan yang dijalankan

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul bagi carian maklumat

- Mempelajari cara merekod tempahan.

- Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan telefon bimbit (whatsapp).

- Mempelajari cara menarik pelanggan melalui promosi dan iklan jualan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT

- Memberi kelas bimbingan asas keusahawanan percuma.

- Perkongsian pendapat dan idea baru bagi menarik minat pelanggan.

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

- Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

- Membantu mempromosikan produk usahawan.

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 2 TAHUN  2020)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Haji Tumiran merupakan seorang warga emas bekas pesara guru berumur 67 tahun yang sudah menjadi ahli Pusat Internet Rambah sejak tahun 2014. Beliau pernah mengendalikan perkhidmatan kursus pra perkahwinan yang digelar De’ Hikmah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh kerana beliau merupakan pengendali program kursus pra perkahwinan De’ Hikmah dan perlu memainkan peranan untuk membuat promosi dan hebahan maklumat penganjuran kursus kepada komuniti awam, Haji Tumiran telah hadir ke Pusat Internet Rambah untuk belajar cara menggunakan komputer & laptop peribadi. Pada asalnya beliau mempunyai tahap penguasaan minimum terhadap perkakasan perkomputeran. Oleh yang demikian, beliau mengambil inisiatif hadir sendiri ke PI untuk mempelajari ilmu ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil dari menghadiri beberapa kali kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mengenali komponen dan perkakas komputer, boleh mengendalikan komputer sendiri termasuklah menggunakan perkakasan tambahan seperti mesin pencetak. Beliau turut diajar panduan membuat surat rasmi yang betul, cara membina akaun media sosial (facebook), cara membuat iklan promosi, memuat naik hebahan media dan sebagainya. Hasilnya, tahap kemahiran pengendalian komputer semakin baik dibawah pengawasan yang minimum.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mengenali nama komponen-komponen asas komputer & laptop serta perkakas sampingan (mesin pencetak).

- Mempelajari skema membuat surat rasmi yang betul.

- Mempelajari cara membina akaun media sosial (facebook)

- Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada kurang mahir kepada mahir.

- Memberi kelas bimbingan ICT percuma

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

- Membantu dalam mempromosi kursus yang dianjurkan

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2 2020)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Dewani Spa & Therapy merupakan motivator  dalam bidang terapi melayu serta rawatan kesihatan & kecantikan yang telah di persijilkan serta di tauliahkan Oleh JPK serta Kementerian Sumber Manusia. Memperoleh pendidikan dan kemahiran terapi di D’Haz Beauty & Health.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkhidmatan Dewani Spa & Therapy yang diterajui oleh Puan Fadzwani pada mulanya dijalankan dari rumah ke rumah melalui tempahan slot rawatan terlebih dahulu melalui telefon. Pelanggan digalakkan untuk membuat temujanji awal supaya tidak bertindan jadual. Selain itu, beliau rajin mempromosikan servis yang dijalankan secara mulut ke mulut. Setiap orang yang beliau jumpa akan dimaklumkan mengenai servis yang dijalankan. Disebabkan hal tersebut, bilangan pelanggan yang datang mendapatkan rawatan sangat terhad. Puan Fadzwani beranggapan beliau perlu mengubah cara promosi perkhidmatan agar lebih berkembang dan dikenali oleh ramai orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan & ict, latihan media baru, dan KDB yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Rambah, beliau telah berusaha untuk mempelajari secara khusus asas perniagaan terkini. Beliau memilih untuk memanfaatkan laman ‘faceboook’ yang mempunyai pengaruh sangat luas dalam menyampaikan berita dan membuat hebahan. Puan Fadzwani kini sudah memiliki akaun facebook peribadi sendiri iaitu Ratu Awani. Segala maklumat penting berkaitan di paparkan ke dalam ‘facebook’ seperti nombor untuk dihubungi, jenis rawatan disediakan, gambar rawatan, testimoni dan sebagainya. Hasilnya, berlaku penambahan bilangan pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan beliau. Hasil kerja keras beliau selama ini, kini beliau sudah pun memiliki sebuah unit kedai sendiri untuk menjalankan perniagaan.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara mendaftar akaun facebook untuk perniagaan.

- Mempelajari cara mengemaskini profil, memuatnaik gambar, memuatnaik status, membuat iklan, menambah dan mengesahkan permintaan menjadi kenalan, menyediakan maklumat terkini berkaitan servis serta membaca dan membalas mesej facebook.

- Mempelajari cara merekod temujanji slot rawatan pelanggan.

- Membuat promosi berdasarkan pos dari testimoni sebenar.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Petugas memberi panduan yang mudah difahami langkah demi langkah.

- Beliau kini boleh mengembangkan maklumat servis yang disediakan melalui 2 saluran iaitu ‘facebook’ dan ‘smartphone’.

- Petugas membantu dalam mempromosikan perkhidmatan beliau di PI.

- PI membantu beliau dalam memberi idea tentang pembuatan iklan perniagaan.

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 4 TAHUN  2019)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Adi merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Telok Kerang. Beliau telah menjadi ahli PI sejak dari awal pembukaan PI Rambah ini lagi iaitu pada tahun 2014. Beliau merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan pusat internet yang aktif disamping banyak melibatkan diri dengan aktiviti pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika awal penglibatannya dengan pusat internet, Adi boleh dikategorikan sebagai pengguna yang kurang mahir tentang komputer. Beliau kurang mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer juga tidak tahu menaip serta melayari internet. Kesan dari kekurangan tersebut, beliau mula menjadi pengguna aktif perkhidmatan pusat internet Parit Bilal Rembah dengan tujuan untuk mempelajari asas teknologi maklumat dan perkomputeran. Beliau kerap hadir ke pusat internet selepas waktu sekolah samada untuk belajar komputer atau menyertai aktiviti anjuran pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet, beliau kini telah mahir menggunakan komputer termasuklah perisian-perisian di dalamnya seperti Microsoft office. Ada kalanya sewaktu di dalam kelas, beliau membantu rakan-rakan yang tidak mahir asas komputer untuk menggunakan perisian tersebut sehinggalah rakan-rakannya faham. Paling penting, Adi sentiasa menunjukkan minat dan sokongan yang tinggi serta kerjasama terbaik bagi setiap aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh pusat internet.

 

Apa yang dipelajari melalui PI:-

* Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.

* Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

* Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:-

* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.

* Memberi kelas bimbingan ICT percuma

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

* Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

* Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 1 TAHUN  2020)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Adham merupakan pelajar lepasan sekolah yang bersekolah di SMK Telok Kerang, Pontian. Beliau telah menjadi ahli PI sejak tahun 2014 yang lalu iaitu dari mula PI beroperasi dan menjadi pengguna aktif yang sering datang ke PI sehinggalah ke hari ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adham mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer yang berkaitan apabila mendapat pendedahan penggunaan asas komputer di sekolah. Namun pengetahuan asas yang terhad terhadap ICT seperti contoh penguasaan Microsoft office yang sedikit serta ketiadaan jaringan internet yang lancar menghalang beliau untuk melaksanakan tugasan sekolah dengan sempurna. Jadi, beliau hanya boleh menggunakan komputer dan capaian internet semaksimum mungkin hanya kita berada di pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melihat kepada kepentingan mempunyai fasiliti komputer dan capaian internet demi menyelesaikan tugasan sekolah, beliau telah datang ke Pusat Internet Rambah untuk menggunakan perkhidmatan disini. Kebiasaan beliau akan datang untuk menyiapkan tugasan membuat ‘slide presentation’, disamping menggunakan capaian internet bagi mencari sumber rujukan dan bahan tambahan kerja sekolah. Beliau rajin melayari laman sesawang berbentuk akademik bagi mendapatkan latihan tambahan. Lebih dari itu, Adham juga rajin mengajak rakan-rakan sekelasnya berkumpul membuat tugasan di PI disamping melakukan ‘study group’ bersama memandangkan keadaan di PI yang selesa dan lengkap. Beliau semakin mahir menggunakan ICT disebabkan sikapnya yang tidak malu bertanya dan positif untuk belajar. Beliau telah mula menjinakkan diri dalam bidang keusahawanan dengan menceburkan diri sebagai usahawan ‘barber’.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.

* Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

* Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

* PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

* Memberi kelas bimbingan ICT percuma

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

* Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

* Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE-3 TAHUN  2019)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Adik Aisyah berusia 7 tahun dan bersekolah dalam darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar 1. Beliau adalah seorang kanak-kanak perempuan yang ceria, bijak dan bersemangat disamping meminati aktiviti melibatkan teknologi perkomputeran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika awal penglibatannya dengan pusat internet, Aisyah merupakan seorang yang ‘buta IT’. Beliau tidak mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer juga tidak tahu menaip serta melayari internet. Bermula dengan mengikuti ibunya yang membawa abangnya ke pusat internet untuk mencari bahan rujukan sekolah di internet, sedikit sebanyak telah mendedahkannya kepada fungsi dan peranan perkakasan perkomputeran sehingga mendorongya untuk belajar komputer. Ibunya telah mendaftarkannya sebagai ahli PI agar beliau boleh belajar komputer daripada petugas PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil dari menghadiri beberapa kelas asas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mengenali komponen dan perkakas komputer, boleh mengendalikan komputer sendiri termasuklah membuka pelayar untuk melayari internet. Adakalanya beliau tidak perlu menunggu bantuan dari petugas kerana sudah boleh mengendalikan aktiviti berkomputer sendiri. Selain itu, adik Aisyah sentiasa menunjukkan minat dan sokongan yang tinggi serta kerjasama terbaik bagi setiap aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh pusat internet. Perubahan ketara adalah peningkatan keyakinan diri dan kemahiran asas dalam mengendalikan sebuah komputer bagi pelajar semuda usianya.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

* Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.

* Belajar cara mengendali papan kekunci dan tetikus

* Belajar asas menaip

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari ilmu asas menaip menggunakan microsoft word.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.

* Memberi kelas bimbingan ICT percuma

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

* Melahirkan pengguna celik IT dari usia muda.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE-3 TAHUN 2019)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Cik Aifah merupakan seorang pekerja swasta yang bertugas disebuah pusat  IT. Beliau mempunyai kemahiran yang agak baik dalam mengendalikan sistem perkomputeran di samping berpengalaman berkerja menggunakan sistem komputer memandangkan kerjanya juga turut melibatkan teknologi tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Sebelumnya, beliau tidak begitu memanfaatkan kemahiran yang ada dalam bidang pengendalian perkomputeran. Apa yang dilakukan hanyalah tertakluk kepada kerja hakiki iaitu membuat laporan bulanan dan beberapa laporan penting lain. Beliau berpendapat bahawa skop kerjanya boleh menjadi lebih meluas dan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang komputer akan lebih meningkat sekiranya beliau mencuba menawarkan khidmat upah menaip data / dokumen / surat disamping membantu beliau mendapatkan pendapatan sampingan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Oleh yang demikian, beliau telah berazam dan bertekad untuk memanfaatkan peluang menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ICT memandangkan beliau sudah sedia bertugas di pusat IT. Beliau membuat hebahan melaui orang perseorangan, edaran risalah dan promosi di platform sosial di internet demi menghebahkan servis beliau kepada orang ramai. Hasil usaha beliau, tempahan untuk menaip dokumen semakin meningkat dan berterusan. Jika pada awalnya beliau biasa memperoleh 2 tempahan menaip dalam sebulan, kini ia telah meningkat kira-kira 4 tempahan menaip dalam sebulan. Apa yang menjadi kepentingan bagi beliau adalah perlunya pembahagian masa secara baik agar setiap kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

 

Apa yang dipelajari melalui PI:-

* Belajar meningkatkan kemahiran menggunakan papan kekunci.

* Berusaha meningkatkan kemahiran menaip pantas melalui aktiviti ‘typing test’ secara berkala.

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan telefon bimbit (whatsapp).

* Mempelajari cara menarik pelanggan melalui promosi dan iklan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:-

* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada pengetahuan asas kepada mahir IT.

* Memberi kelas bimbingan asas ICT

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

* Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.