KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2 2017)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Adik Jamallulai berusia 12 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rambah kerana mengikuti kelas pemulihan. Beliau ditempatkan di dalam kelas pemulihan kerana beliau tergolong dalam golongan orang kelainan upaya (OKU) atas faktor masalah pembelajaran. Walaupun memasuki kelas pemulihan, beliau berperwatakan normal seperti kanak-kanak lain dan meminati aktiviti melibatkan teknologi komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika awal penglibatannya dengan pusat internet, Jamallulai merupakan seorang yang ‘buta IT’. Beliau tidak mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer juga tidak tahu menaip serta melayari internet. Bermula dengan mengikuti rakan-rakan ke pusat internet, beliau mula menjadi pengguna aktif perkhidmatan pusat internet Parit Bilal Rembah dengan tujuan untuk mempelajari asas teknologi maklumat dan perkomputeran. Beliau kerap hadir ke pusat internet selepas waktu sekolah samada untuk belajar komputer atau menyertai aktiviti anjuran pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil dari menghadiri beberapa kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mengenali komponen dan perkakas komputer, boleh mengendalikan komputer sendiri termasuklah mengenali perisian-perisian di dalamnya seperti Microsoft office. Adakalanya beliau tidak perlu menunggu bantuan dari petugas kerana sudah boleh mengendalikan aktiviti berkomputer sendiri. Selain itu, adik Jamallulai sentiasa menunjukkan minat dan sokongan yang tinggi serta kerjasama terbaik bagi setiap aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh pusat internet.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*   Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.

*   Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.

*   Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

*   Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.

*   Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

*   Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 *   PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.

*   Memberi kelas bimbingan ICT percuma.

*   Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

*   Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

*   Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2 2017)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Puan Nasyrah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau telah memilih untuk berhenti bekerja disebabkan kekangan masa untuk bersama anak-anak dan suami yang kurang disebabkan waktu bekerja mengikut jadual ‘shift’. Pekerjaan beliau sebelum ini ialah seorang sukarelawan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kini, Puan Nasyrah telah berjaya menjadi seorang suri rumah dan merupakan usahawan dalam talian sepenuh masa. Beliau menjalankan operasi hanya dari rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nasyrah hanya tahu menggunakan komputer untuk menaip kerja biasa sahaja. Beliau tidak mempunyai idea untuk menggunakan aplikasi dalam komputer dan kemahiran menggunakan komputer juga tidak ada.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beliau terlibat dengan kelas dan latihan usahawan yang dianjurkan di PI, beliau kini tahu bagaimana untuk memasarkan dan membuat promosi secara dalam talian untuk produk “Riffora Perfume Pen”. Sebelum penggunaan ICT, anggaran jualan produk beliau sekadar 100 unit sebulan dan lingkungan pembeli beliau juga adalah sangat kecil iaitu melibatkan kenalan rapat dan juga meletakkan produk beliau di kiosk-kiosk kedai berhampiran rumahnya sahaja, dan tidak meluas. Beliau telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang mana ia dapat mempromosikan dan pasaran yang lebih meluas lagi untuk produk beliau. Selain itu, bilangan rakan di akaun ‘facebook’ nya kini semakin bertambah dan beliau juga berhajat ingin membuka akaun baru untuk produk “Riffora Pen Perfume” tersebut.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*   Menjadikan FB sebagai platform pengiklanan yang berkesan.

*   Mempelajari teknik menjadi usahawan berjaya.

Mempelajari cara untuk membuat ‘flyers’ untuk produk dan teknik mengambil gambar yang berkesan dengan menggunakan aplikasi yang ada di telefon pintar.

*   Membuat ‘sticker’ produk.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

*   Membantu usahawan dari segi promosi dan juga pengiklanan.

*   Memperkenalkan produk melalui FB dan juga Portal PI (My Shop).

*   Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

*   Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.