KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-3 2017)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Encik Jamaludin merupakan seorang warga emas berumur 72 tahun yang sudah menjadi ahli Pusat Internet Rambah sejak Februari 2017. Beliau kini memegang jawatan sebagai setiausaha Persatuan Warga Emas Pontian (PAWE).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh kerana telah dilantik sebagai setiausaha PAWE dan dipertanggungjawabkan untuk membuat sebarang surat/dokumen berkaitan, Encik Jamaludin telah hadir ke Pusat Internet Rambah untuk belajar cara menggunakan komputer & laptop peribadi. Pada asalnya beliau memang tidak tahu langsung cara mengendalikan laptop seperti asas menghidupkan laptop. Beliau tidak mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer serta tidak tahu menaip. Oleh yang demikian, beliau mengambil inisiatif hadir sendiri ke PI untuk mempelajari ilmu ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil dari menghadiri beberapa kali kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mengenali komponen dan perkakas komputer, boleh mengendalikan komputer sendiri termasuklah menggunakan perkakasan tambahan seperti mesin pencetak. Beliau turut diajar panduan membuat surat rasmi yang betul. Hasilnya, beliau telah berjaya membuat surat-surat bagi tujuan rasmi persatuannya hanya dengan sedikit pemantauan sahaja dari petugas. Keyakinan beliau bertambah dan menyatakan keseronokan dapat belajar ICT.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mengenali nama komponen-komponen asas komputer & laptop serta perkakas sampingan (mesin pencetak).

- Mempelajari skema membuat surat rasmi yang betul.

- Mempelajari ilmu asas Microsoft office word.

- Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.

- Memberi kelas bimbingan ICT percuma

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-3 2017)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Puan Khairiyah merupakan seorang graduan yang berkelulusan Ijazah. Setelah tamat pengajian, beliau telah berkecimpung sedikit demi sedikit dalam kelas-kelas atau kursus bakeri dan kini telah menjadi suri rumah dan menjadi usahawan bakeri sepenuh masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau hanya menggunakan cara hebahan biasa mengenai perniagaan beliau. Setiap orang yang beliau jumpa pasti akan belau maklumkan tentang perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan. Disebabkan cara ini, ia mengambil masa yang sangat lama untuk menarik pelanggan dan masa untuk pelanggan kenali produk beliau juga sangat lambat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari cara membuat ‘facebook’, beliau telah gigih membuat iklan dan promosi jualannya di laman tersebut. Laman ‘facebook’ beliau sentiasa dikemaskini sekiranya terdapat menu baru atau “Jualan Mega Sale”  ataupun apabila beliau membuat jualan potongan harga pada setiap hari- hari peranyaan dan keraian. Gambar-gambar produk yang di muat turun juga di sunting dengan kreatif bagi menarik perhatian pembeli. Hasilnya, jualan beliau telah bertambah dan mendapat permintaan ramai berbanding sebelum ini. Beliau juga telah mendapat pelanggan tetap yang sering membuat tempahan ulangan seperti kek, brownies dan sebagainya. Pendapatan beliau kini boleh menjangkau melebihi RM5,000++.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat akaun ‘facebook’ untuk promosi perniagaan.

- Mempelajari cara membuat urusan jual beli secara atas talian.

- Mempelajari cara membuat suntingan gambar produk untuk tujuan iklan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Petugas memberi panduan yang mudah difahami langkah demi langkah.

- Beliau kini boleh mengembangkan maklumat servis yang disediakan melalui 2 saluran iaitu facebook dan ‘smartphone’.

- Petugas membantu dalam mempromosikan perkhidmatan beliau di PI dan membantu membuat promosi perniagaan kepada pengunjung PI yang lain.

- PI menawarkan bimbingan melalui kelas asas keusahawanan.

- PI mencadangkan lebih dari satu medium sebagai platform memasarkan perniagaan antaranya ‘facebook’ dan ‘whats app’.

- PI menyalurkan maklumat tentang kursus-kursus keusahawanan yang boleh di hadiri untuk meningkatkan kemahiran.