KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2  2018)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Encik Karim merupakan seorang warga emas bekas pesara guru berumur 71 tahun yang sudah menjadi ahli Pusat Internet Rambah sejak Januari 2015. Beliau kini masih lagi memegang jawatan sebagai AJK Kelab Usia Emas Gemilang Daerah Pontian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh kerana telah dilantik sebagai AJK Kelas Usia Emas Gemilang Daerah Pontian dan dipertanggungjawabkan untuk membuat sebarang surat/dokumen berkaitan, Encik Karim telah hadir ke Pusat Internet Rambah untuk belajar cara menggunakan komputer & laptop peribadi. Pada asalnya beliau memang tidak tahu langsung cara mengendalikan laptop seperti asas menghidupkan laptop. Beliau tidak mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer serta tidak tahu menaip. Oleh yang demikian, beliau mengambil inisiatif hadir sendiri ke PI untuk mempelajari ilmu ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil dari menghadiri beberapa kali kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mengenali komponen dan perkakas komputer, boleh mengendalikan komputer sendiri termasuklah menggunakan perkakasan tambahan seperti mesin pencetak. Beliau turut diajar panduan membuat surat rasmi yang betul. Hasilnya, beliau telah berjaya membuat surat-surat, memo, borang kehadiran mesyuarat bagi tujuan rasmi kelab nya hanya dengan sedikit pemantauan sahaja dari petugas. Keyakinan beliau bertambah dan menyatakan keseronokan dapat belajar ICT.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • *  Mengenali nama komponen-komponen asas komputer & laptop serta perkakas sampingan (mesin pencetak).
  • *  Mempelajari skema membuat surat rasmi yang betul.
  • *  Mempelajari ilmu asas Microsoft office word.
  • *  Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • *  PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.
  • *  Memberi kelas bimbingan ICT percuma
  • *  Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2 2018)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Puan Fadzwani merupakan  pakar dalam bidang terapi melayu serta rawatan kesihatan & kecantikan yang telah di persijilkan serta di tauliahkan Oleh JPK serta Kementerian Sumber Manusia. Memperoleh pendidikan dan kemahiran terapi di D’Haz Beauty & Health.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perkhidmatan beliau dijalankan dari rumah ke rumah melalui tempahan slot rawatan terlebih dahulu melalui telefon. Pelanggan digalakkan untuk membuat temujanji awal supaya tidak bertindan jadual. Selain itu, beliau rajin mempromosikan servis yang dijalankan secara mulut ke mulut. Setiap orang yang beliau jumpa akan dimaklumkan mengenai servis yang dijalankan. Disebabkan hal tersebut, bilangan pelanggan yang datang mendapatkan rawatan sangat terhad. Puan Fadzwani beranggapan beliau perlu mengubah cara promosi perkhidmatan agar lebih berkembang dan dikenali oleh ramai orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan & ict, latihan media baru, dan KDB yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Parit Bilal Rembah, beliau telah berusaha untuk mempelajari secara khusus asas perniagaan era masa kini. Beliau memilih untuk memanfaatkan laman ‘faceboook’ yang mempunyai pengaruh sangat luas dalam menyampaikan berita dan membuat hebahan. Puan Fadzwani kini sudah memiliki akaun facebook peribadi sendiri iaitu Ratu Awani. Segala maklumat penting berkaitan di paparkan ke dalam ‘facebook’ seperti nombor untuk dihubungi, jenis rawatan disediakan, gambar rawatan, testimoni dan sebagainya. Hasilnya, berlaku penambahan bilangan pelanggan yang mahukan servis beliau dalam pelbagai rawatan termasuklah urutan, perbidanan dan rawatan kecantikan.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • *  Mempelajari cara mendaftar akaun facebook untuk perniagaan.
  • *  Mempelajari cara mengemaskini profil, memuatnaik gambar, memuatnaik status, membuat iklan, menambah dan mengesahkan permintaan 
  •    menjadi kenalan, menyediakan maklumat terkini berkaitan servis serta membaca dan membalas mesej facebook.
  • *  Mempelajari cara merekod temujanji slot rawatan pelanggan.
  • *  Membuat promosi berdasarkan pos dari testimoni sebenar.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • *  Petugas memberi panduan yang mudah difahami langkah demi langkah.
  • *  Beliau kini boleh mengembangkan maklumat servis yang disediakan melalui 2 saluran iaitu ‘facebook’ dan ‘smartphone’.
  • *  Petugas membantu dalam mempromosikan perkhidmatan beliau di PI.
  • *  PI membantu beliau dalam memberi idea tentang pembuatan iklan perniagaan.