KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-4  2018)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Puan Fadzwani merupakan  pakar dalam bidang terapi melayu serta rawatan kesihatan & kecantikan yang telah di persijilkan serta di tauliahkan Oleh JPK serta Kementerian Sumber Manusia. Memperoleh pendidikan dan kemahiran terapi di D’Haz Beauty & Health, beliau kini merupakan juruterapi di sebuah pusat rawatan kecantikan dan kesihatan serta produk herba yang turut menjalankan perkhidmatan urutan terapi, perbidanan & penjagaan kesihatan dan kecantikan. Beliau telah menjadi ahli di PI Parit Bilal Rembah sejak Ogos 2017.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Asal mula penglibatan beliau di PI apabila beliau membuat keputusan menyambung pelajaran dalam bidang diploma. Apabila membuat tugasan, semestinya beliau sangat perlu menggunakan peralatan perkomputeran dan internet untuk mengumpul maklumat bahan rujukan serta menyiapkan tugasan yang mengambil masa bagi satu-satu tempoh pengajian. Sebelumnya, beliau menggunakan perkhidmata pusat siber yang biasa namun timbul keadaan ketidakselesaan akibat suasana yang bising, persekitaran yang tidak kondusif, peralatan perkomputeran yang tidak diselenggara dengan baik serta cas lebih mahal. Oleh yang demikian, beliau telah beralih arah dengan berkunjung ke Pusat Internet Parit Bilal Rembah untuk mencuba perkhidmatan disini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ternyata pilihan Puan Fadzwani menggunakan perkhidmatan PI adalah sangat tepat. Beliau berasa sangat selesa melaksanakan tugasannya disini. Persekitaran bersih, suasana tenang dan terkawal, penyelenggaraan komputer yang baik membantu mewujudkan emosi bekerja dan belajar yang selesa. Dari segi pengetahuan ICT pula, beliau boleh dikategorikan sebagai pengguna komputer berpengetahuan asas. Boleh menggunakan komputer, namun tidak lengkap. Setelah mengikuti kelas bimbingan ICT dari petugas khususnya microsoft power point dan microsoft word, tahap kemahiran beliau semakin bertambah. Sifat rajin bertanya membuatkannya begitu optimis dan cepat memahami penggunaan perisian komputer tersebut. Hasil laporan kajian, soalan latihan semakin berkualiti disamping slaid pembentangan yang nampak menarik dan terkini.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

- Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point & word.

- Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

- Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

- Mempelajari cara asas mengendali alat perkakasan perkomputer sampingan seperti mesin pencetak dan penggunaan USB.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

- Memberi kelas bimbingan ICT percuma

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

- Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

- Menyediakan ruang persekitaran pembelajaran yang tenang, selamat dan kondusif demi keselesaan pengguna.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-4 2018)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Adham Luqman atau lebih mudah disapa adham  merupakan seorang usahawan muda dalam bidang perkhidmatan ini. Beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah, tetapi beliau sudah hampir setahun berkecimpung dalam bidang ini. Perkhidmatan beliau telah banyak dapat sambutan lebih – lebih lagi beliau menggunakan platform media sosial yang mana banyak membantu beliau mendapat banyak tempahan gunting rambut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dilakukan untuk menghebahkan perkhidmatan Gunting Rambut pada awalnya adalah dari kawan kepada kawan sahaja memandangkan  beliau merupakan pelajar, saluran hebahan agak laju sedikit. Walau bagaimanapun, hebahan tersebut terhenti hanya setakat itu sahaja kerana skop hebahannya hanya di dalam lingkungan itu sahaja. Di sebabkan hal itu, lingkungan hebahan maklumat mengenai perkhidmatan Gunting Rambut beliau adalah sangat terhad dalam kelompok yang kecil.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah memperluaskan lagi rangkaian pengiklanan perkhidmatan Gunting Rambut  beliau. Melalui bimbingan petugas pusat internet, beliau diterangkan secara lisan tentang asas keusahawan contohnya kemahiran usahawan ‘online’, penjualan melalui telefon, cara merekod tempahan dan melayari laman internet bagi tujuan pemasaran terbaik. Beliau juga menggunakan medium telefon (whatsapp) dan ‘faceboook’ bagi tujuan pemasaran. Hasilnya, beliau banyak menerima tempahan untuk menggunting rambut  sekaligus dapat meningkat 2 kali ganda berbanding dahulu iaitu dengan anggaran 10 tempahan kepada 20 tempahan sebulan. Paparan ‘facebook’ Gunting Rambut  beliau boleh di lihat atas nama Adham Luqman Azman.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul bagi carian fesyen rambut terkini.

- Mempelajari cara merekod tempahan.

- Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan telefon bimbit (whatsapp).

- Mempelajari cara menarik pelanggan melalui promosi dan iklan jualan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada buta IT kepada tahu asas IT.

- Memberi kelas bimbingan asas keusahawanan percuma.

- Perkongsian pendapat dan idea baru bagi menarik minat pelanggan.

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

- Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

- Membantu mempromosikan produk usahawan.