KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-1  2019)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Atikah merupakan pelajar tingkatan 4 dan bersekolah di SMK Teluk Kerang, Pontian. Beliau telah menjadi ahli PI sejak bulan Julai 2018 dan sering datang ke PI samada bersendirian ataupun bersama rakan untuk menyiapkan tugasan sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atikah mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer yang berkaitan apabila mendapat pendedahan penggunaan asas komputer di sekolah. Namun pengetahuan asas yang terhad terhadap ICT seperti contoh penguasaan Microsoft office yang sedikit serta ketiadaan jaringan internet yang lancar menghalang beliau untuk melaksanakan tugasan sekolah dengan sempurna. Selain itu, kebanyakan tugasan sekolahnya sebelum ini menuntutnya untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin melalui rujukan internet. Jadi, beliau hanya boleh menggunakan komputer dan capaian internet semaksimum mungkin hanya kita berada di pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh hal yang demikian, beliau telah datang ke Pusat Internet Rambah untuk menggunakan perkhidmatan disini memandangkan PI mempunyai fasiliti komputer dan capaian internet terbaik demi menyelesaikan tugasan sekolah. Kebiasaannya beliau akan datang untuk menyiapkan tugasan iaitu membuat ‘slide presentation’, disamping menggunakan capaian internet bagi mencari sumber rujukan dan bahan tambahan kerja rumah. Beliau rajin melayari laman sesawang berbentuk akademik bagi mendapatkan latihan tambahan. Selain itu, Atikah juga rajin mengajak rakan-rakan sekelasnya berkumpul membuat tugasan di PI disamping melakukan ‘study group’ bersama memandangkan keadaan di PI yang selesa dan lengkap. Beliau semakin mahir menggunakan ICT disebabkan sikapnya yang tidak malu bertanya dan positif. Hasilnya, beliau telah menjadi salah seorang pelajar yang mendapat keputusan baik dalam peperiksaan PT3 dengan mendapat 6A di sekolahnya.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

- Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.

- Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

- Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

- Memberi kelas bimbingan ICT percuma

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

- Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

- Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-1 2019)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Pengusaha merangkap pemilik RS Maju Berkat Enterprise iaitu Encik Mohd Shaifuddin telah memulakan perniagaan beliau sejak dari tahun 2013 pada ketika itu dengan hanya menjual satu produk sahaja iaitu kudapan kuih siput. Perniagaan ini dijalankan atas keperluan membina pendapatan yang stabil juga untuk memperbaiki ekonomi keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Produk kuih siput yang menggunakan ramuan tradisional keluarga ini pada mulanya dipromosikan melalui hebaha mulut ke mulut, mendapatkan tempahan melalui tester dan juga jajaan dari satu tempat ke satu tempat. Untuk menjana pendapatan lebih, syarikat ini bukan sahaja menyiapkan tempahan untuk hari biasa, malahan mengambil tempahan dalam jumlah yang agak besar pada musim perayaan. Pada ketika itu, hanya panggilan telefon dan whatsapp sebagai medium komunikasi dan perhubungan perniagaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Shaifuddin mengambil pendekatan bijak dengan membina akaun facebook atas nama RS Maju Berkat Enterprise untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Memiliki kemahiran ICT sedia ada, beliau mengorak langkah memperhebat iklan perniagaan melaui medium tersebut. Namun begitu, demi menjamin kelangsungan dan perkembangan perniagaan yang lebih baik, beliau telah berkunjung ke Pusat Internet Rambah dengan tujuan membuka peluang pemasaran dan jualan yang lebih terbuka memandangkan PI mempunyai pengunjung yang ramai meliputi lapisan umur. Jadi, beliau mengambil peluang tersebut dengan melibatkan PI sebagai tempat pengedaran produk beliau kepada komuniti setempat. Hasilnya, syarikat beliau kini mampu memperoleh keuntungan dua kali ganda iaitu anggaran 3000 – 4000 sebulan.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mencari maklumat berkenaan kursus motivasi perniagaan di atas talian.

- Kemahiran penggunaan internet dalam mencari maklumat resepi dan kemahiran pembuatan produk.

- Pengenalan platform perniagaan MyShop Dashboard

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Jaringan penyebaran maklumat lebih meluas yang mana beliau kini boleh mengembangkan maklumat perniagaan yang disediakan melalui beberapa platform penting iaitu facebook dan whatsapp.

- Petugas membantu dalam mempromosikan perkhidmatan beliau melalui laman sosial milik PI.

- PI menjadi tempat untuk pengedaran produk kepada komuniti setempat.