KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE-3 TAHUN  2019)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Adik Aisyah berusia 7 tahun dan bersekolah dalam darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar 1. Beliau adalah seorang kanak-kanak perempuan yang ceria, bijak dan bersemangat disamping meminati aktiviti melibatkan teknologi perkomputeran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika awal penglibatannya dengan pusat internet, Aisyah merupakan seorang yang ‘buta IT’. Beliau tidak mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer juga tidak tahu menaip serta melayari internet. Bermula dengan mengikuti ibunya yang membawa abangnya ke pusat internet untuk mencari bahan rujukan sekolah di internet, sedikit sebanyak telah mendedahkannya kepada fungsi dan peranan perkakasan perkomputeran sehingga mendorongya untuk belajar komputer. Ibunya telah mendaftarkannya sebagai ahli PI agar beliau boleh belajar komputer daripada petugas PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil dari menghadiri beberapa kelas asas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Rambah, beliau kini telah mengenali komponen dan perkakas komputer, boleh mengendalikan komputer sendiri termasuklah membuka pelayar untuk melayari internet. Adakalanya beliau tidak perlu menunggu bantuan dari petugas kerana sudah boleh mengendalikan aktiviti berkomputer sendiri. Selain itu, adik Aisyah sentiasa menunjukkan minat dan sokongan yang tinggi serta kerjasama terbaik bagi setiap aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh pusat internet. Perubahan ketara adalah peningkatan keyakinan diri dan kemahiran asas dalam mengendalikan sebuah komputer bagi pelajar semuda usianya.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

* Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.

* Belajar cara mengendali papan kekunci dan tetikus

* Belajar asas menaip

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari ilmu asas menaip menggunakan microsoft word.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.

* Memberi kelas bimbingan ICT percuma

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

* Melahirkan pengguna celik IT dari usia muda.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE-3 TAHUN 2019)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Cik Aifah merupakan seorang pekerja swasta yang bertugas disebuah pusat  IT. Beliau mempunyai kemahiran yang agak baik dalam mengendalikan sistem perkomputeran di samping berpengalaman berkerja menggunakan sistem komputer memandangkan kerjanya juga turut melibatkan teknologi tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Sebelumnya, beliau tidak begitu memanfaatkan kemahiran yang ada dalam bidang pengendalian perkomputeran. Apa yang dilakukan hanyalah tertakluk kepada kerja hakiki iaitu membuat laporan bulanan dan beberapa laporan penting lain. Beliau berpendapat bahawa skop kerjanya boleh menjadi lebih meluas dan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang komputer akan lebih meningkat sekiranya beliau mencuba menawarkan khidmat upah menaip data / dokumen / surat disamping membantu beliau mendapatkan pendapatan sampingan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Oleh yang demikian, beliau telah berazam dan bertekad untuk memanfaatkan peluang menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ICT memandangkan beliau sudah sedia bertugas di pusat IT. Beliau membuat hebahan melaui orang perseorangan, edaran risalah dan promosi di platform sosial di internet demi menghebahkan servis beliau kepada orang ramai. Hasil usaha beliau, tempahan untuk menaip dokumen semakin meningkat dan berterusan. Jika pada awalnya beliau biasa memperoleh 2 tempahan menaip dalam sebulan, kini ia telah meningkat kira-kira 4 tempahan menaip dalam sebulan. Apa yang menjadi kepentingan bagi beliau adalah perlunya pembahagian masa secara baik agar setiap kerja yang diamanahkan dapat diselesaikan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

 

Apa yang dipelajari melalui PI:-

* Belajar meningkatkan kemahiran menggunakan papan kekunci.

* Berusaha meningkatkan kemahiran menaip pantas melalui aktiviti ‘typing test’ secara berkala.

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan telefon bimbit (whatsapp).

* Mempelajari cara menarik pelanggan melalui promosi dan iklan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:-

* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada pengetahuan asas kepada mahir IT.

* Memberi kelas bimbingan asas ICT

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

* Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.