KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 4 TAHUN  2019)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Adi merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Telok Kerang. Beliau telah menjadi ahli PI sejak dari awal pembukaan PI Rambah ini lagi iaitu pada tahun 2014. Beliau merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan pusat internet yang aktif disamping banyak melibatkan diri dengan aktiviti pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ketika awal penglibatannya dengan pusat internet, Adi boleh dikategorikan sebagai pengguna yang kurang mahir tentang komputer. Beliau kurang mengenali nama komponen-komponen komputer, perkakasan sampingan komputer juga tidak tahu menaip serta melayari internet. Kesan dari kekurangan tersebut, beliau mula menjadi pengguna aktif perkhidmatan pusat internet Parit Bilal Rembah dengan tujuan untuk mempelajari asas teknologi maklumat dan perkomputeran. Beliau kerap hadir ke pusat internet selepas waktu sekolah samada untuk belajar komputer atau menyertai aktiviti anjuran pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT dan perkakasan komputer yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet, beliau kini telah mahir menggunakan komputer termasuklah perisian-perisian di dalamnya seperti Microsoft office. Ada kalanya sewaktu di dalam kelas, beliau membantu rakan-rakan yang tidak mahir asas komputer untuk menggunakan perisian tersebut sehinggalah rakan-rakannya faham. Paling penting, Adi sentiasa menunjukkan minat dan sokongan yang tinggi serta kerjasama terbaik bagi setiap aktiviti berkaitan yang dijalankan oleh pusat internet.

 

Apa yang dipelajari melalui PI:-

* Mengenali nama komponen-komponen asas komputer dan perkakas sampingan.

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.

* Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

* Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:-

* PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada tidak tahu langsung kepada mahir asas.

* Memberi kelas bimbingan ICT percuma

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

* Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

* Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.