Sentiasa berwaspada dan bersiapsiaga dalam menghadapi bencana banjir pada musim hujan ini.
Ikuti panduan persediaan komunikasi dan hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan sewaktu bencana.
Terdapat pelbagai cara penipuan kewangan yang dilakukan pada zaman sekarang, jadi jangan mudah terpedaya dengan lambakan tawaran di Internet.
Jadilah pengguna Internet bijak!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !!

 

Untuk makluman semua, julung kalinya pihak Pusat Internet bakal mengadakan 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 (𝐏𝐈).

Kami sangat mengalu-alukan penyertaan para usahawan baru / sedia ada terutama yang belum ada akaun jualan Shopee/Lazada untuk menyertai pertandingan ini. Penyertaan adalah PERCUMA, namun bergantung pada syarat-syarat berikut:-

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 :
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)

ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia. Jika belum menjadi ahli, boleh mendaftar sebagai Ahli Pusat Internet (bayaran RM5 keahlian seumur hidup)

iii. Berumur 18 tahun dan ke atas

iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada) - Akan dibimbing oleh Petugas PI

v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir

vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.

Tempoh Pertandingan :-

* 15 - 20 Julai - Pendaftaran peserta (usahawan)
* 21 Julai - 15 Ogos - Kelas/ bengkel diadakan & boleh terus buat jualan 'online'
* 31 Ogos, 30 Sept., 31 Okt., 30 Nov., - Salinan Invois dan rekod jualan
* Disember - Pengumuman pemenang

Pemenang setiap Negeri yang terdapat Pusat Internet di bawah kelolaan TM/MSD

𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 :-
• Tempat Pertama RM 4000.00
• Tempat Kedua RM 3000.00
• Tempat Ketiga RM 2000.00
• Tempat Keempat RM 1500.00
• Tempat kelima RM 1000.00

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi petugas Pusat Internet (Aifa - 0139933106 / Intan - 0149888501) atau hadir terus ke Pusat Internet Parit Bilal Rambah.

Kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda..!! Jangan lepaskan peluang...

 POSTER IKLAN PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE 2020

 

ANDA INGIN PELUANG MEMENANGI WANG TUNAI RM5,000?

 

Jom sertai Pertandingan Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang dibuka sekarang hingga 10 Julai 2020.

Layari laman web www.kkmm.gov.my atau www.penerangan.gov.my untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan. Serlahkan kreativiti anda!

 

#KKMM

#KomunikasiKita

#KitaTeguhKitaMenang


105695759 3269552713087852 9222762570072036583 o