385849964 726270766212949 9172204485246612909 n

 

Ibu bapa perlu peka dengan penggunaan teknologi dan aktiviti anak-anak secara dalam talian.

Anak-anak perlu dididik dengan sebaiknya bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa gangguan seksual alam maya.

Persekitaran yang harmoni dalam keluarga dapat membina kepercayaan anak-anak untuk berkongsi aktiviti harian mereka bersama ibu bapa atau penjaga.

#KASIHKPWKM
#MalaysiaMADANI

HANYA DI HUJUNG JARI JER DAH BOLEH BANDINGKAN HARGA..

Manfaatkan aplikasi Price Catcher bagi memudahkan pengguna untuk membuat pencarian dan perbandingan harga barangan antara premis secara mudah dan pantas.

Muat turung sekarang yer..😊

#KPDN #MalaysiaMadani #pricecatcher #aplikasikami

 

KPDN Bandingkan Harga

π“πˆπ ππ„π‘π‹πˆππƒπ”ππ†π€π 𝐃𝐀𝐓𝐀 ππ„π‘πˆππ€πƒπˆ
𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗧𝗔 π—£π—˜π—₯π—œπ—•π—”π——π—œ 𝗔𝗧𝗔𝗨 β€˜π—žπ—’π—¬π—”π—ž π—¦π—˜π—₯π—œπ—•π—¨β€™ dokumen atau slip penghantaran parcel sebelum dibuang.
 
KDB Data Peribadi

Strok Haba

 

STROK HABA

Apakah Itu Strok Haba?
Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat β€˜kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, β€˜strok haba’ (heat stroke).
Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40Β°C (darjah celsius) atau lebih.
Tanda / Gejala Strok Haba
*denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit),
*pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit),
*badan terasa panas dan kering,
*sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing,
berasa mual,
*peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40Β°C atau lebih (suhu badan normal: 36.5Β°C hingga 37.5Β°C),
*tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg)
*tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.
Langkah Pencegahan :
*tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang,
elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan,
*pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga empat (4) liter sehari,
*mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau payung,
*tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di bawah matahari terik
*memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika berada dalam rumah atau premis
Golongan Berisiko
Individu yang melakukan aktiviti atau bekerja dalam keadaan sekeliling yang panas dikenal pasti berisiko tinggi seperti pekerja pembinaan, petani, pengawal keselamatan, polis, tentera, bomba, pengendali jentera berhaba, atlet dan aktiviti-aktiviti luar yang dijalankan di bawah sinaran matahari terik.
Selain itu, beberapa golongan rentan juga dikenal pasti meningkatkan lagi risiko mendapat strok haba seperti warga emas, kanak-kanak dan individu dengan penyakit kronik.
Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan komplikasi serius.
Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.