LAMAN DI RAJA: TARIKAN PELANCONGAN TERBARU DAERAH PONTIAN

 

Laman Di Raja yang dibuka secara rasmi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini menjadi salah satu tarikan pelancong ke daerah Pontian. Lebih membanggakan apabila Pontian muncul daerah pertama memiliki Laman Di Raja dengan keistimewaan tersendiri apabila konsep pembinaan mahkota di laman itu sama seperti di Istana Bukit Serene. Kerja pembinaan laman yang terletak di Taman Awam Tepi Laut Pontian itu berjalan lancar selepas dimulakan pada 29 Januari dan siap pada 6 April lalu. Batuan yang dipasang pada mahkota tersebut akan bergemerlapan pada waktu malam.  Difahamkan bahawa laman yang bernilai RM4.2 juta itu menjadi hadiah dan tanda kasih penduduk kepada keluarga Diraja Johor.  Dengan keluasan 50,000 kaki persegi, laman itu boleh digunakan bagi aktiviti rekreasi dan program kemasyarakatan. Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan supaya menjaga kebersihan dan keindahan laman tersebut serta menanamkan sifat tanggungjawab memelihara dan menjaga laman ini. 

 

Pemandangan Laman Di Raja Pontian 

 

 

sb1  sb2 

sb3  sb4

       

 

Pemandangan Waktu Malam Laman Di Raja Pontian

 

ss1  ss2

 

                          PELANCONGAN & TEMPAT SEJARAH 

 

Terdapat pelbagai tempat menarik tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk dikunjungi di sekitar Pontian dan juga kawasan Rambah. Antaranya adalah:-

 

    TEMPAT BERSEJARAH

 

MUZIUM NANAS

IMG 1286

PEJABAT PERTANIAN PONTIAN,

Batu 32, Jalan Johor Pontian, Johor.

No. Tel: 07-6868750

No. Faks: 07-6870607

Website: http://www.doa.gov.my

Bayaran Masuk: RM2.00

Kemudahan/Aktiviti disediakan: Pameran produk nanas dan peralatan penanaman serta pemprosesan nanas, lawatan ke ladang nanas

 

 

MUZIUM BUGIS

MUZIUM BUGIS

 ENCIK ABDULLAH AHMAD

Taman Rekreasi Sungai Rambah,

Rimba Terjun, Pontian.

No. Tel: 017-7633244

Kemudahan/Aktiviti di sediakan: pameran koleksi barangan warisan kesenian dan kebudayaan kaum Bugis Pontian, artifak dan barangan seperti peralatan perang, peralatan harian kaum Bugis

 

 
   TEMPAT REKREASI & TAMAN NEGARA

                                                     

KUKUP GOLF RESORT

                                   Kukup Golf Resort img 1

Pekan Penerok, Pontian, Johor.

No. Tel: 07-6960950

No. Faks: 07:6960963

Email:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website: www.kukupgolfresort.com   

Kemudahan/Aktiviti disediakan: Tempat penginapan, kolam renang, padang golf, restoran, dewan seminar  

 

 

TANJUNG PIAI RESORT

tg piai

Jalan Terus Tanjung Piai, Serkat, Kukup, Johor.

No. Tel: 07-6960011

Website: http://tanjungpiai-resort.blogspot.com/

Kemudahah/Aktiviti disediakan: Tempat penginapan, restoran, dewan mesyuarat

 

 

TAMAN REKREASI SUNGAI RAMBAH

http://3.bp.blogspot.com/_g9ax65kTLP4/SyjDNkdO-sI/AAAAAAAACvs/XYgn4jficKs/s320/H13.JPG

MAJLIS DAERAH PONTIAN

No Tel: 07-6871442

No Faks: 07-6873131

Kemudahan/Aktiviti disediakan: Tapak senaman/riadah, taman permainan kanak-kanak, pemandangan Selat Melaka

 

 

TAMAN NEGARA PULAU KUKUP

P9222374

PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR,

Lot 1319, Mukim Air Masin, Kukup, Pontian.

No. Tel: 07-6969355

No. Faks: 07-6969366

Website: www.johorparks.com.my

Bayaran masuk: RM5.00 (Warganegara Malaysia)

RM10.00 (Bukan Warganegara Malaysia)

Kemudahan/Aktiviti disediakan: Pulau hutan bakau kedua terbesar di dunia, tapak RAMSAR, tarikan biodiversity, menaiki bot menyusuri Sungai Ular