MAJLIS INDAHNYA AIDILFITRI 2016
PDK SINAR BAKTI PONTIAN
Petugas Pusat Internet Kampung Rambah telah dijemput untuk menghadiri Majlis Indahnya Aidilfitri 2016 anjuran PDK Sinar Bakti Pontian. Majlis telah berlangsung meriah dan jayanya dengan dihadiri penjaga ahli PDK Sinar Bakti Pontian, beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan dan penduduk setempat. Beberapa acara penting telah berlangsung antaranya persembahan dari ahli PDK Sinar Bakti, ucapan dari YB Datuk Tee Siew Kiong serta penyampaian hadiah dan cenderahati.
Tarikh : 21/7/2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : PDK Sinar Bakti Pontian
Dif Kehormat : YB Datuk Tee Siew Kiong
Berikut adalah beberapa keping gambar sewaktu majlis berlangsung:-