kdb 6.1.2022

Tujuan 

Kelas ini bertujuan membantu pelajar sekolah rendah merangka jadual waktu menggunakan Microsoft Word supaya mereka dapat membiasakan diri dengan penggunakan ICT untuk masa yang akan datang. 

Aktiviti

Peserta menggunakan sepenuhnya perisian microsoft office word bagi merangka jadual waktu disamping mendapatkan bahan rujukan sampel jadual waktu secara atas talian.

Gambar Disini

 

 praperkahwinan

 

Tujuan

Program ini merupakan kerjasama dengan pihak penganjur Kursus PraPerkahwinan Pengurusan De’ Hikmah untuk menjalankan kursus praperkahwinan secara atas talian. Kursus dijalankan secara bersemuka menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. PIK Parit Bilal Rembah menjadi lokasi penceramah menyampaikan kursus. Selain itu, pihak PIK membantu pihak penganjur dari segi kemudahan capaian internet, fasiliti komputer dan tunjuk ajar sepanjang program berlangsung pada 06 Februari 2021.

Aktiviti

Penceramah dan peserta diberikan penerangan berkaitan aplikasi ‘Google Meet’ sebelum kursus dilaksanakan. Kursus PraPerkahwinan telah berjalan lancar seperti yang dirancang.

 

Gambar Disini

laporan akt short

 

Tujuan

Program ini bertujuan mengadakan sesi bengkel pembelajaran asas membina akaun perniagaan secara atas talian dengan fokus kepada kedai dalam talian menggunakan platform Shopee dan Lazada. Disamping itu, ia selaras dengan aktiviti pertandingan usahaawan baru 'online' bagi menggalakkan para usahawan memasarkan produk mereka secara atas talian yang lebih mudah dan cepat. Oleh yang demikian, hal ini dapat meningkatkan pendapatan golongan sasaran ini selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik. 

 

Aktiviti

Peserta dibimbing asas membuka akaun perniagaan (shopee & lazada), kemahiran ICT, cara mengurus pesanan, cara mendapatkan invois dan aktiviti Klik Dengan Bijak.

 

Gambar Disini

 

lap sep

 

Tujuan

Program ini merupakan taklimat MIV dan tugasan sukarelawan. Antara agenda yang diketengahkan adalah Modul "Klik Dengan Bijak" seperti Hak & Tanggungjawab Warga Digital, Maklumat Palsu, Kawalselia Kendiri, Sebenarnya.my dan Cybergenius. Selain itu, program ini turut berkongsi maklumat berkaitan Kandungan "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong". Peserta terdiri daripada ahli pusat internet yang ingin menyerai sukarelewan MIV yang berumur 18 tahun dan ke atas. Program dijalankan di Pusat Internet Parit Bilal Rembah dan berjalan lancar.

 

Aktiviti

Peserta diberikan fahaman berkaitan tugasan MIV dan aktiviti yang perlu dilakukan sebagai sukarelewan.

 

Gambar disini

 

ea

 

Tujuan

Program ini bertujuan mengadakan sesi soal jawab kepada komuniti yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenaik MyTV Myfreeview yang dilaksanakan diseluruh negara. Ia merupakan projek tv digital yang ditukar daripada siaran tv analog. Selain itu, terdapat juga aktiviti edaran dekoder secara percuma kepada penerima BSH B40 yang layak bagi Daerah Pontian.

 

Aktiviti

Penerima yang layak boleh menyemak nama yang telah dikeluarkan awal oleh pihak PI atau cek terus ke laman mytv broadcasting. Jika layak, mereka boleh terus menuntut dokoder percuma tersebut.

 

Gambar Disini

 

Sub-kategori