ictpakkarim

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan membantu warga emas mengenali komponen, fungsi dan kegunaan perkakasan komputer (laptop) serta cara asas membuat surat dan mengenal lebih mendalam cara penggunaan (font size, font style, margin).

 

Aktiviti

Peserta menggunakan laptop sendiri. Beliau diajar cara 'on' kan laptop, diterangkan nama komponen laptop serta cara 'setting' surat rasmi.

 

Gambar Disini

 

lapor program

 

Tujuan

Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan Bersama PI 2019 bertujuan melestarikan pusat internet sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti

Program ini telah dijalan kan selama separuh hari di Pusat Internet Kampung Rambah. Pelbagai aktiviti dijalankan kepada pengunjung seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi percuma, taklimat kesihatan, taklimat ict, bengkel/kelas ict, kuiz kesihatan 'online', promosi dashboard komuniti & advokasi check your label. Selain itu, petugas juga turut menyelitkan beberapa aktiviti sampingan antaranya pertandingan 'skipping challenge', pertandingan isi air dalam botol & pertandingan ikatan kasih. Program dijalankan dengan meriah.

 

Gambar Disini

 

ewastejun2019

 

Tujuan

Aktiviti pengumpulan barangan 'mobile ewaste' bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna peranti komunikasi tentang usaha MCMC untuk mengumpul barangan komunikasi yang sudah tidak terpakai lagi untuk dilupuskan dengan cara yang selamat dan betul bagi mengelakkan pencemaran alam yang berbahaya.

 

Aktiviti

Pengguna perlu menghantar barangan mobile ewaste yang tidak terpakai ke PI berdekatan dan memasukkan barangan tersebut kedalam kotak khas ewaste yang telah disediakan. Cenderahati penghargaan diberikan kepada pengguna.

 

Gambar Disini

 

cyljun2019

 

Tujuan

Aktiviti check your label bertujuan memberi pendedahan  kepada peserta tentang cara pemeriksaan alat peranti komunikasi bagi menentukan samada alat komunikasi mereka selamat atau tidak mengikut piawaian MCMC.

Aktiviti

Pengguna perlu memuat turun aplikas Check Your Label melalui google appstore. Setelah itu, mereka perlu memasukkan data yang diperlukan seperti yang diminta, kemudian maklumat terperinci mengenai tahap keselamatan telefon tersebut akan terpapar.

 

Gambar Disini

 

hbk 2019

 

Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti PI Parit Bilal Rembah Tahun 2019 bertujuan mempromosi semua perkhidmatan yang tersedia di PI Rambah disamping memperkenal program-program advokasi kepada komuniti setempat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan komuniti sosial yang baik antara pihak PI dan masyarakat setempat.

Aktiviti

Sepanjang program tersebut, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya taklimat KDB, taklimat keusahawanan, penerangan dan demo kebakaran bomba, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi, pertandingan (mewarna dewasa, membuat origami, fast typing, kerusi beracun, cabutan bertuah).

 

Gambar Disini

 

Sub-kategori