ADVOKASI - TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK DI SK RAMBAH (PENDEDAHAN AWAL INTERNET TERHADAP KANAK-KANAK DAN REMAJA)

 

kdbrambahfeb

 

Tujuan

Taklimat KDB (pendedahan awal internet dalam kalangan remaja dan kanak-kanak) di SK Rambah bertujuan memberi pendedahan dan memperkenal kepada golongan pelajar sekolah rendah tentang kemudahan internet sebagai platform carian dan pengumpulan maklumat serta tips-tips keselamatan internet agar ia dapat digunakan secara berhemah.

 

Aktiviti

Petugas PI menunjukkan slaid pembentangan kepada pelajar disamping memainkan video bersesuaian juga diutarakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman peserta selepas taklimat.

 

MULTIMEDIA - VIDEO BELAJAR IQRA' 1

 

update iqra

 

Tujuan

Kelas multimedia video belajar iqra'1 bertujuan membantu peserta belajar membaca iqra' asas secara interaktif.

 

Aktiviti

Petugas PI membukakan laman www.youtube.com dengan membuat carian video bacaan iqra' untuk pelajar kanak-kanak yang mana mereka boleh mengikuti bacaan dari video tersebut.