GERAN SEHINGGA RM15,000 KEPADA USAHAWAN BELIA SELURUH MALAYSIA !!!

 

TUBE @ PENJANA menawarkan geran permulaan perniagaan khusus bagi belia berusia 18-30 TAHUN yang terjejas sepanjang tempoh PANDEMIK COVID-19 / kehilangan pekerjaan dan BERMINAT menjadi usahawan

 

MACAM MANA SAYA NAK MOHON?

* Permohonan secara ONLINE di tube.smecorp.gov.my dan MULA MEMOHON pada 15-25 OKTOBER 2020

PERINGATAN PENTING!

* Permohonan ini adalah PERCUMA

* Terbuka kepada belia yang BELUM PERNAH menyertai TUBE

 

WhatsApp Image 2020 10 15 at 7.09.06 AM

 

Gambar Usahawan:-

20139987 693216200873189 1329533517959369595 n

 

Gambar Produk / Servis:-

 

Nama Usahawan:-

Fadzwani Norashikin Binti Othman

 

Produk / Servis:-

Mobile Spa - Urutan selepas bersalin / Urutan badan

 

Kisah Penglibatan Dalam Bidang Keusahawanan:-

Puan Fadzwani merupakan  pakar dalam bidang terapi melayu serta rawatan kesihatan & kecantikan yang telah di persijilkan serta di tauliahkan Oleh JPK serta Kementerian Sumber Manusia. Memperoleh pendidikan dan kemahiran terapi di D’Haz Beauty & Health. Perkhidmatan beliau dijalankan dari rumah ke rumah melalui tempahan slot rawatan terlebih dahulu melalui telefon. Pelanggan digalakkan untuk membuat temujanji awal supaya tidak bertindan jadual. Selain itu, beliau rajin mempromosikan servis yang dijalankan secara mulut ke mulut. Setiap orang yang beliau jumpa akan dimaklumkan mengenai servis yang dijalankan.


Pengalaman:-

*  Urutan ibu bersalin dan juga bayi.

*  Membuka booth bagi majlis/acara rasmi.

*  Tempahan persendirian dan syarikat.

 

Alamat:-

Taman Azizah, Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor

 

Hubungi:-

Puan Wani:  011-21768898 (Call/SMS)

Facebook: https://www.facebook.com/dwani.dwani.9

 

Gambar Usahawan:-

laili

 

Gambar Produk / Servis:-

 

Nama Usahawan:-

Laili Binti Md. Shariff

 

Produk / Servis:-

Barangan Elektrik (Periuk Nasi Noxxa Amway)

 

Kisah Penglibatan Dalam Bidang Keusahawanan:-

Seorang ibu tunggal yang kini menjadi usahawan sepenuh masa dengan menjalankan perniagaan berasaskan barangan elektrik iaitu Periuk Nasi Elektrik Noxxa Amway. Pada mulanya, Puan Laili menceburkan diri dalam bidang perniagaan hanya sekadar mencari pendapatan sampingan membantu suami. Setelah kehilangan suami, beliau mula fokus kepada perniagaan ‘direct sellling’ sebagai sumber pendapatan namun pendapatan beliau tidak menentu. Beliau memilih untuk menjual barangan elektrik berkualiti tinggi jenama Noxxa Amway. Beliau perlu berjumpa dengan pelanggan secara ‘personal’ untuk menjalankan proses perniagaan. Puan Laili bertindak mendapatkan bantuan petugas PI1M untuk mempromosikan jualan barangan beliau.


Pengalaman:-

*  Mengikuti kursus keusahawanan sampingan anjuran Amway.

 

Alamat:-

Kampung Sungai Bunyi,

Batu 35, Jalan Johor,

82010 Pontian, Johor.

 

Hubungi:-

Puan Laili : 017-7925574 (Call/SMS)

Facebook: https://www.facebook.com/laili shariff

 

Bilangan Pekerja:-

Tiada

 

Gambar Usahawan:-

P 20170611 113749

 

Gambar Produk / Servis:-

 

Nama Usahawan:-

Nor Qurratu' Aini Binti Abdul Pateh

 

Produk / Servis:-

Barangan Cenderahati & Aksesori

 

Kisah Penglibatan Dalam Bidang Keusahawanan:-

 

Puan Aini telah menjual pin tudung pelbagai corak dan saiz serta menjual gelang nama dengan 100% rekaan dan hasil tangan beliau sendiri. Mula melibatkan diri dalam perniagaan ini sejak tahun 2015. Beliau menjalankan operasi hanya dari rumah sahaja. Hasil dari pengetahuan ICT yang dimiliki, beliau telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang mana ia dapat mempromosikan hasil tangan produk beliau. Bilangan rakan ‘facebook’ semakin bertambah serta permintaan tempahan produk semakin banyak. Tempahan beliau bukan terhad kepada acara kecil, tetapi melibatkan majlis besar seperti cenderahati perkahwinan dan lain-lain lagi.


Pengalaman:-

*  Menerima tempahan dalam kuantiti yang besar bagi majlis-majlis penting seperti majlis perkahwinan dan cukur jambul.

*  Membuka booth bagi majlis kecil seperti hari bersama anjuran NGO.

 

Alamat:-

NO. 5, Kg. Parit Serong Darat,

Telok Kerang,

82020 Pontian, Johor.

 

Hubungi:-

Puan Aini: 014-9846082 (Call/SMS)

Facebook: https://www.facebook.com/norqurratuainiabdul/

 

Bilangan Pekerja:-

Tiada (Bantuan ahli keluarga)

 

Gambar Usahawan:-

fauziah

 

Gambar Produk / Servis:-

 

Nama Usahawan:-

Fauziah Binti Kariani

 

Produk / Servis:-

Kuih Muih Tradisional

 

Kisah Penglibatan Dalam Bidang Keusahawanan:-

Puan Fauziah merupakan surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan jenis pembuatan makanan dengan menjual pelbagai kuih-muih tradisional sebagai sumber pendapatan sampingan. Beliau memilih produk makanan terutama kuih-muih tradisional sebagai jenis perniagaan kerana mempunyai kemahiran membuatnya selain merasa ia bukanlah sejenis perniagaan bermusim memandangkan ia kerap mendapat permintaan dari pelanggan. Bermula dengan niat untuk bersedekah bagi majlis di rumah jiran, kesedapan kuih-muih buatan beliau telah menarik perhatian penduduk sehingga ia boleh dijadikan perniagaan. Perniagaan dijalankan di rumah sahaja.

Pengalaman:-

*  Menerima tempahan untuk majlis seperti tahlil, yasinan, dan kenduri kahwin dalam kuantiti yang banyak.

Alamat:-

Tiang Lampu 2,

Kampung Parit Lintang,

Kayu Ara Pasong,

82010 Pontian, Johor.

 

Hubungi:-

Puan Fauziah : 011-26663324 (Call/SMS)

Facebook: https://www.facebook.com/fauziah.kariany

 

Bilangan Pekerja:-

Tiada (Dibantu ahli keluarga)