HARI BERSAMA PJL & PUSAT INTERNET
Beberapa aktiviti bersama komuniti di beberapa tempat telah berlangsung denga jayanya hasil kerjasama petugas-petugas pusat internet daerah Pontian dan juga komuniti setempat. Hari Bersama PJL dan Pusat Internet ini bertujuan mempromosikan perkhidmatan dan fungsi pusat jalur lebar dan pusat internet kepada komuniti setempat disamping menjalankan aktiviti bermanfaat bersama penduduk. Program ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai oleh komuniti bukan sahaja untuk merebut hadiah menarik malahan untuk mengeratkan perhubungan petugas dan pengunjung. Petugas Pusat Internet Kampung Rambah turut berganding bahu menyumbang tenaga bagi menjayakan program tersebut. Berikut maklumat ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung:-
1. Hari Bersama PJL Pontian - Lokasi: Perpustakaan Pontian
Tarikh: 30/7/2016
Aktiviti-aktiviti: Taklimat & kuiz KDB, online puzzle, anyam ketupat,
congkak, teng teng, word search DLL.
2. Hari Bersama PI Parit Selangor - Lokasi: Pusat Internet Parit Selangor
Tarikh: 4/8/2016
Aktiviti-aktiviti: Perasmian hari bersama, pendaftaran percuma
ahli PI, pemeriksaan kesihatan, jualan produk setempat dan
penyampaian hadiah pertandingan.
Perasmi: Tn. Hj. Onn Bin Jabbar @ Jaafar
(Pegawai Daerah Pontian)
AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
KERJASAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG RAMBAH & PERPUSTAKAAN DESA PARIT BILAL REMBAH
Pada tarikh 20/8/2016 yang lepas, Pusat Internet Kampung Rambah dengan kerjasama Perpustakaan Desa Parit Bilal Rembah telah mengadakan aktiviti bersempena hari kemerdekaan Malaysia yang menyasarkan penyertaan komuniti remaja Kampung Rambah. Tujuan aktiviti ini adalah bagi menerapkan semangat kemerdekaan dalam diri peserta disamping menyemarakkan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-59 pada tahun ini. Aktiviti ini telah menarik penyertaan hampir 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pengelola utama aktiviti ini adalah Puan Salwa dari perpustakaan terbabit yang menjadi orang penting merencana perjalanan dan merancang aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah penerangan ringkas tentang kemerdekaan, kuiz dan mewarna. Berikut antara gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam:-
'STUDY GROUP'
Selain memenuhi objektif utama iaitu menjadi pusat capaian internet jalur lebar secara kolektif bagi penduduk bandar dan luar pandar, Pusat Internet juga memainkan peranan sebagai tempat untuk pelajar-pelajar berbincang dan belajar bersama dalam skala kumpulan yang kecil. Walaupun tidak dilengkapi dengan kemudahan belajar yang sempurna, namun itu tidak menghalang gologan pelajar bagi menuntut ilmu sebaiknya. Berikut adalah beberapa keping gambar pelajar-pelajar tingkatan 6 dari SMK Seri Bandar Pontian yang memilih Pusat Internet Kampung Rambah untuk belajar dalam kumpulan dan menyiapkan tugasan.