𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟐 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dan isi rumah ke dalam sistem PADU.
Oleh itu, kepada penduduk yang berhampiran PEDi Parit Bilal Rembah - KG Rambah adalah dialu-alukan untuk datang ke PEDi untuk mengemaskini maklumat anda di dalam sistem PADU kerana terdapat Kaunter Fizikal untuk mendaftar atau mengemaskini maklumat anda ke dalam sistem PADU yang akan dikendalikan sendiri oleh Pegawai Perangkaan.