LAMAN DI RAJA: TARIKAN PELANCONGAN TERBARU DAERAH PONTIAN

 

Laman Di Raja yang dibuka secara rasmi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kini menjadi salah satu tarikan pelancong ke daerah Pontian. Lebih membanggakan apabila Pontian muncul daerah pertama memiliki Laman Di Raja dengan keistimewaan tersendiri apabila konsep pembinaan mahkota di laman itu sama seperti di Istana Bukit Serene. Kerja pembinaan laman yang terletak di Taman Awam Tepi Laut Pontian itu berjalan lancar selepas dimulakan pada 29 Januari dan siap pada 6 April lalu. Batuan yang dipasang pada mahkota tersebut akan bergemerlapan pada waktu malam.  Difahamkan bahawa laman yang bernilai RM4.2 juta itu menjadi hadiah dan tanda kasih penduduk kepada keluarga Diraja Johor.  Dengan keluasan 50,000 kaki persegi, laman itu boleh digunakan bagi aktiviti rekreasi dan program kemasyarakatan. Oleh yang demikian, orang ramai diingatkan supaya menjaga kebersihan dan keindahan laman tersebut serta menanamkan sifat tanggungjawab memelihara dan menjaga laman ini. 

 

Pemandangan Laman Di Raja Pontian 

 

 

sb1  sb2 

sb3  sb4

       

 

Pemandangan Waktu Malam Laman Di Raja Pontian

 

ss1  ss2