PROGRAM CUTI SEKOLAH - MINI DASHBOARD KOMUNITI & KLIK DENGAN BIJAK 2017

 

21 dis

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mengisi waktu senggang cuti sekolah pelajar dengan aktiviti promosi berkaitan Dashboard PI1M agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Selain itu terdapat aktiviti sampingan dijalankan seperti bina perkataan, membuat kraf ikan, membuat poster tahun baru, mewarna gambar kucing disamping penerangan tentang klik dengan bijak.

 

 

AKTIVITI 'MASTERCHEF PI1M' - MEMBUAT MINI PIZZA

 

16 dis

 

Tujuan

Aktiviti masterchef PI1M merupakan aktiviti riadah bertujuan mengumpul sebahagian pengguna PI1M untuk bersosial dan melakukan aktiviti komuniti di PI1M melalui pembuatan pizza mini. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama pengguna serta menggalakkan aktiviti santai bersama petugas PI1M.

 

Aktiviti

Bahan masakan dan perkakas disediakan oleh petugas. Peserta dibekalkan dengan doh pizza, kemudian mereka perlu menghias 'topping' pizza mengikut selera dan kreativiti sendiri. Keselamatan dan kebersihan diawasi oleh petugas PI1M.

 

 

E-PEMBELAJARAN (TUTORIAL YOUTUBE) - MEMBUAT KRAF 'SNOWFLAKES'

 

15 dis

 

Tujuan

Aktiviti E-pembelajaran melalui tutorial ini bertujuan menguji kemahiran dan kreativiti peserta dalam melakukan aktiviti seni lipatan, potongan dan membentuk kertas bagi mendapatkan bentuk kepingan salji. Selain itu ia bertujuan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang membina dan berfaedah.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.youtube.com. Melalui laman tersebut peserta diminta mengikut tutorial yang ditunjukkan dalam video tersebut tentang cara melipat kertas agar membentuk kepingan salji. Bahan disediakan oleh petugas PI1M.

 

 

KELAS ASAS ICT (EMEL) - MEMBINA AKAUN GMAIL

 

14 dis

 

Tujuan

Kelas ICT ini bertujuan membantu peserta langkah-langkah mudah membina akaun 'google mail' bagi memudahkan membuka akaun 'facebook'. Selain itu ia juga bertujuan untuk persediaan penggunaa waktu belajar atau bekerja pada masa hadapan.

 

Aktiviti

Peserta diminta melayari website www.google.com. Melalui laman tersebut peserta diminta mengisi segala maklumat diri berkaitan yang diperlukan secara atas talian dan kemudiannya akaun 'gmail' akan tercipta.

 

 

MICROSOFT OFFICE (MICROSOFT WORD) - BIMBINGAN MEMBUAT RESUME PERMOHONAN KERJA

 

3 dis

 

Tujuan

Kelas bimbingan microsoft word ini bertujuan membantu peserta membina serta mereka sebuah resume yang ringkas tetapi padat dan lengkap sebagai persediaan memohon perkerjaan jawatan kosong.

 

Aktiviti

Peserta melayari laman web untuk mencari contoh-contoh format yang berkualiti untuk dijadikan panduan. Petugas membantu dari segi penyusunan data, pengisian maklumat dan penggunaan ayat dalam resume.