ICT & KOMUNIKASI - PENGGUNAAN APLIKASI WEBCAM

 

6 april

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ict & komunikasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi dan teknologi terkini berkaitan foto & video webcam secara online. Peserta boleh mengambil gambar secara spontan dan disimpan didalam desktop.

 

Aktiviti

Peserta perlu melayari webcamtoy.com terlebih dahulu. Peserta boleh mengambil gambar secara atas talian menggunakan lebih kurang 80 kesan khas gambar yang menarik. Gambar tersebut boleh disimpan didalam komputer dan kemudian dimuatnaik kedalam media sosial mengikut kehendak peserta.

 

E-PEMBELAJARAN - MENYIAPKAN TUGASAN SEKOLAH SECARA ATAS TALIAN MELALUI PORTAL PENDIDIKAN BESTARI.NET

 

6 april 2

 

Tujuan

Tujuan aktiviti e-pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan sekolah yang pada masa kini kebanyakkanya perlu dilaksanakan secara atas talian. Penggunaan portal secara atas talian adalah lebih terkini yang mana bertujuan memudahkan pelajar mendapatkan maklumat pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

 

Aktiviti

Pelajar melayari pelayar dengan carian portal pendidikan www.bestari.net. Dalam portal tersebut, terkandung bahan pembelajaran dan pengajaran terkini untuk rujukan pelajar membuat tugasan. Pelajar boleh menyiapkan tugasan secara terus dalam talian atau memuat turun tugasan terlebih dahulu.

 

PROMOSI DASHBOARD KOMUNITI - REVIEW MODUL MYKOMUNITI & MENJAWAB KUIZ DASHBOARD 2018

 

5 apri

 

Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mempromosi modul Mykomuniti yang terdapat dalam Dashboard PI1M agar mereka lebih terdedah dan memahami aplikasi ini. Melalui modul ini, mereka boleh menyampaikan info, membuat pengumuman atau membuat jemputan majlis kepada komuniti setempat yang berdaftar. Selain itu ia bertujuan untuk menarik lebih ramai pengikut Dashboard yang memuaturun aplikasi ini secara dalam talian.

 

Aktiviti

Taklimat ringkas mengenai dashboard dan peluang untuk 'review' portal Dashboard didedahkan kepada peserta. Dalam masa yang sama, peserta digalakkan menjawab kuiz dashboard yang terdapat dalam modul tersebut yang secara automatik menyertai pertandingan Kuiz Dasahboard Komuniti 2018. Peserta diberikan kuiz mudah oleh petugas untuk menguji tahap pengetahuan mereka tentang dashboard pi1m.