'FUN RACE KDB' DI PDK SINAR BAKTI

 

pdk

 

Tujuan

Aktiviti 'fun race kdb' bertujuan mempromosi aktiviti klik dengan bijak kepada golongan kurang upaya penghuni PDK Sinar Bakti agar mereka boleh belajar berkomunikasi dan bersosial menerusi aktiviti ilmiah yang dijalankan.

 

Aktiviti

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap kumpulan di bantu oleh seorang petugas PI. Mereka perlu bersaing menyelesaikan tugasan berkumpulan berkaitan KDB dan kumpulan paling banyak menang dikira sebagai juara keseluruhan.

 

TAKLIMAT KDB - TIPS KESELAMATAN INTERNET DI SK RAMBAH

 

kdbrambah

 

Tujuan

Taklimat KDB di SK Rambah bertujuan memberi pendedahan dan memperkenal kepada golongan pelajar sekolah rendah tentang kemudahan internet sebagai platform carian dan pengumpulan maklumat serta tips-tips keselamatan internet agar ia dapat digunakan secara berhemah.

 

Aktiviti

Petugas PI menunjukkan slaid pembentangan kepada pelajar disamping memainkan video bersesuaian juga diutarakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman peserta selepas taklimat.

 

PROMOSI DASHBOARD MYSHOP

 

anpdashboard

 

Tujuan

Aktiviti promosi Dashboard MyShop adalah bertujuan memberi peluang peserta mendapatkan maklumat pelbagai produk PI yang terjual di seluruh negara untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

 

Aktiviti

Pengguna perlu melayari laman web www.dashboard.pi1m.my kemudian, mereka perlu login. Seterusnya mereka boleh 'review' pelbagai produk yang terdapat dalam modul yang mengandungi maklumat terperinci seperti penjual, harga, dan maklumat produk.

 

PROMOSI KUIZ DASHBOARD MYCAREER 2018

 

kuizkarier

 

Tujuan

Aktiviti promosi Dashboard MyCareer bertujuan menggalakkan pernyertaan pengguna perkhidmatan PI berstatus ahli untuk menyertai pertandingan kuiz dashboard mycareer seterusnya memberi mereka peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Selain itu, aktiviti ini bertujuan memperluas lagi penggunaan Dashboard komuniti ini ke seluruh komuniti.

 

Aktiviti

Pengguna perlu melayari laman web www.dashboard.pi1m.my kemudian, mereka perlu login. Seterusnya mereka perlu klik pada modul My Komuniti dan klik Kuiz Dashboard. Terdapat sebanyak 16 soalan yang perlu dijawab dan dihantar secara atas talian.

 

ADVOKASI CHECK YOUR LABEL

 

cylnov

 

Tujuan

Aktiviti check your label bertujuan memberi pendedahan  kepada peserta tentang cara pemeriksaan alat peranti komunikasi bagi menentukan samada alat komunikasi mereka selamat atau tidak mengikut piawaian MCMC.

 

Aktiviti

Pengguna perlu memuat turun aplikas Check Your Label melalui google appstore. Setelah itu, mereka perlu memasukkan data yang diperlukan seperti yang diminta, kemudian maklumat terperinci mengenai tahap keselamatan telefon tersebut akan terpapar.