KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-4 2017)

CELIK IT

 

Latar belakang

Ricky Lee Jing Wang merupakan pelajar tingkatan 6 dan bersekolah di SMK Sri Kukup, Pontian. Beliau telah menjadi ahli PI sejak bulan Jun 2016 dan sering datang ke PI untuk menyiapkan tugasan sekolah beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ricky mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer memandangkan beliau kerap menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah. Namun pengetahuan asas yang terhad terhadap ICT seperti contoh penguasaan Microsoft office yang sedikit serta ketiadaan jaringan internet yang lancar menghalang beliau untuk melaksanakan tugasan sekolah dengan sempurna. Jadi, beliau hanya boleh menggunakan komputer dan capaian internet semaksimum mungkin hanya kita berada di PI.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melihat kepada kepentingan mempunyai fasiliti komputer dan capaian internet demi menyelesaikan tugasan sekolah, beliau telah datang ke Pusat Internet Rambah untuk menggunakan perkhidmatan disini. Beliau kerap hadir menggunakan capaian internet bagi mencari sumber rujukan dan bahan tambahan kerja rumah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir STPM. Beliau rajin melayari laman sesawang berbentuk akademik bagi mendapatkan latihan tambahan. Ricky juga gemar mengajak adik-beradiknya untuk melakukan ‘study group’ bersama di PI memandangkan keadaan di PI yang selesa dan lengkap. Beliau semakin mahir menggunakan ICT disebabkan sikapnya yang tidak malu bertanya dan positif untuk belajar.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*  Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

*  Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.

*  Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

*  Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

*  PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

*  Memberi kelas bimbingan ICT percuma

*  Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

*  Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

*  Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-4 2017)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Puan Siti Norhairizan atau lebih mudah disapa Kak Izan merupakan seorang usahawan Aiskrim Katering. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa telaah berkecipung dalam perniagaan ini lebih dari setahun. Aiskrim Katering beliau telah mendapat sambutan hangat apabila beliau aktif membuat iklan di media sosial yang mana banyak membantu sedikit sebanyak operasi perniagaannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dilakukan untuk menghebahkan perkhidmatan Aiskrim Katering pada awalnya adalah dari kawan kepada kawan sahaja memandangkan suami beliau merupakan penjawat awam, saluraan hebahan agak laju sedikit. Walau bagaimanapun, hebahan tersebut terhenti hanya setakat itu sahaja kerana skop hebahannya hanya di dalam lingkungan itu sahaja. Di sebabkan hal itu, lingkungan hebahan maklumat mengenai perkhidmatan Aiskrim Katering beliau adalah sangat terhad dalam kelompok yang kecil.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah memperluaskan lagi rangkaian pengiklanan perkhidmatan Aiskrim Katering beliau. Melalui bimbingan petugas pusat internet, Puan Izan diterangkan secara lisan tentang asas keusahawan contohnya kemahiran usahawan ‘online’, penjualan melalui telefon, cara merekod tempahan dan melayari laman internet bagi tujuan pemasaran terbaik. Beliau juga menggunakan medium telefon (whatsapp) dan ‘faceboook’ bagi tujuan pemasaran. Hasilnya, beliau banyak menerima tempahan untuk pakej-pakej Aiskrim Kateringnya sekaligus dapat meningkat 2 kali ganda berbanding dahulu iaitu dengan anggaran 15 tempahan kepada 20 tempahan sebulan. Paparan ‘facebook’ Aiskrim Katering  beliau boleh di lihat atas nama Izanuri Izannasir.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*  Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul bagi carian resepi baru.

*  Mempelajari cara merekod tempahan.

*  Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan telefon bimbit (whatsapp).

*  Mempelajari cara menarik pelanggan melalui promosi dan iklan jualan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

*  PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT daripada buta IT kepada tahu asas IT.

*  Memberi kelas bimbingan asas keusahawanan percuma.

*  Perkongsian pendapat dan idea baru bagi menarik minat pelanggan.

*  Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

*  Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

*  Membantu mempromosikan produk usahawan.