KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-3  2018)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Noriha merupakan pelajar tingkatan 3 dan bersekolah di SMK Teluk Kerang, Pontian. Beliau telah menjadi ahli PI sejak bulan Oktober 2016 dan sering datang ke PI untuk menyiapkan tugasan sekolah beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Noriha mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer yang berkaitan apabila mendapat pendedahan penggunaan asas komputer di sekolah. Namun pengetahuan asas yang terhad terhadap ICT seperti contoh penguasaan Microsoft office yang sedikit serta ketiadaan jaringan internet yang lancar menghalang beliau untuk melaksanakan tugasan sekolah dengan sempurna. Jadi, beliau hanya boleh menggunakan komputer dan capaian internet semaksimum mungkin hanya kita berada di pusat internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melihat kepada kepentingan mempunyai fasiliti komputer dan capaian internet demi menyelesaikan tugasan sekolah, beliau telah datang ke Pusat Internet Rambah untuk menggunakan perkhidmatan disini. Kebiasaan beliau akan datang untuk menyiapkan tugasan membuat ‘slide presentation’, disamping menggunakan capaian internet bagi mencari sumber rujukan dan bahan tambahan kerja rumah. Beliau rajin melayari laman sesawang berbentuk akademik bagi mendapatkan latihan tambahan. Lebih dari itu, Noriha juga rajin mengajak rakan-rakan sekelasnya berkumpul membuat tugasan di PI disamping melakukan ‘study group’ bersama memandangkan keadaan di PI yang selesa dan lengkap. Beliau semakin mahir menggunakan ICT disebabkan sikapnya yang tidak malu bertanya dan positif untuk belajar.

 

Apa yang dipelajari melalui PI:-

Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

*  Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point, word, excel dan publisher.

*  Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

*  Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:-

*  PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

*  Memberi kelas bimbingan ICT percuma

*  Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

*  Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

*  Membantu menyelesaikan tugasan sekolah yang berkaitan.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-3 2018)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Aisyah merupakan seorang yang bekerjaya, namun pendapatan yang diperoleh setiap bulan tidak begitu banyak, beliau tekad berhenti bekerja dan memulakan menjual barangan secara dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dilakukan untuk menghebahkan produk pada mulanya adalah secara promosi mulut ke mulut antara penduduk sekitar kawasan. Setiap orang yang beliau jumpa akan dimaklumkan mengenai produk yang dijual. Disebabkan hal tersebut, lingkungan hebahan maklumat produk beliau adalah sangat terhad dalam kelompok yang kecil.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan & ict yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet  Parit Bilal Rembah, beliau telah mengambil inisiatif untuk mempelajari secara khusus dan lebih lanjut berkaitan promosi perniagaan melalui media sosial. Beliau memilih untuk memanfaatkan laman ‘faceboook’ dan ‘instagram’ yang mempunyai pengaruh sangat luas dalam menyampaikan berita dan membuat hebahan. Hasilnya, kini bilangan peserta yang mengikuti kursus beliau bertambah dengan 2 kali ganda daripada asal sehingga kebiasaanya tempahan penuh bagi satu-satu sesi.

 

Apa yang dipelajari melalui PI:-

*  Mempelajari cara mendaftar akaun facebook untuk perniagaan.

*  Mempelajari cara mengemaskini profil, memuatnaik gambar, memuatnaik status, membuat iklan, menambah dan mengesahkan permintaan menjadi kenalan, menyediakan maklumat terkini berkaitan servis serta membaca dan membalas mesej facebook.

*  Mempelajari asas membuat gambar iklan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:-

*  Petugas memberi panduan yang mudah difahami langkah demi langkah.

*  Beliau kini boleh mengembangkan maklumat produk yang disediakan melalui 2 saluran iaitu facebook dan ‘smartphone’.

*  Petugas membantu dalam mempromosikan perkhidmatan beliau di PI.

*  PI membantu beliau dalam memberi idea tentang pembuatan iklan perniagaan.