KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2  2019)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Puan Syafafwati merupakan seorang surirumah berusia 34 tahun yang memiliki 3 orang anak.  Beliau telah menjadi ahli PI Rambah sejak dari bulan Februari 2016. Berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengetahuan asas terhadap penggunaan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Puan Syafafwati tidak pernah datang ke pusat internet. Namun setelah diajak berulang kali untuk menemani anakya ke pusat internet bagi mencari maklumat di internet, timbul pula minat dan keinginan untuk mempelajari penggunaan komputer dan ICT. Ketika itu, beliau hanya mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan perkakasan komputer dan juga internet (ICT). Tidak dinafikan pada mulanya beliau berasa segan, rendah diri dan tidak yakin untuk belajar, namun setelah mendapat galakan dari anak beliau dan sokongan dari petugas maka beliau menanam semangat untuk belajar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas komputer dan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Parit Bilal Rembah, beliau kini sudah boleh menggunakan komputer sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari petugas. Beliau turut telah memiliki akaun facebook sendiri bagi tujuan komunikasi sosial bersama kenalan dan keluarga. Akaun facebook beliau atas nama ‘Syafafwati Imran. Selain itu, beliau turut sudah mahir dan dapat membiasakan diri melayari internet untuk melakukan beberapa urusan penting seperti pendaftaran anak sekolah darjah 1 secara atas talian. Keyakinan bertambah dalam mengendalikan sistem perkomputeran kini.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

* Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

* Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point & word.

* Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

* Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

* Mempelajari cara asas mengendali alat perkakasan perkomputer sampingan seperti mesin pencetak dan penggunaan USB.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

* PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

* Memberi kelas bimbingan ICT percuma

* Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

* Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

* Menyediakan ruang persekitaran pembelajaran yang tenang, selamat dan kondusif demi keselesaan pengguna.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2 2019)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Cik Marliza atau lebih mesra di sapa cik liza merupakan seorang pekerja sektor swasta. Melihat kepada keadaan ekonomi yang semakin mencabar disamping keperluan menampung keluarga yang  kian meningkat, beliau mengambil langkah berhenti kerja dan fokus sepenuh masa mengusahakan produk bahulu tradisional ini sebagai sumber utama pendapatan keluarga. Beliau memilih produk makanan tradisional ini kerana  produk ini mempunyai jangka hayat ketahanan lebih lama dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penguasaan ICT bukanlah masalah kerana beliau sememangya sudah mempunyai pengetahuan asas ICT dan dalam kategori mahir. Perkara yang menjadi permasalahan beliau adalah mendapatkan jaringan jalur lebar yang berkualiti menggunakan perkakasan yang selamat dan berkualiti. Disamping itu, beliau kurang pendedahan dari sudut pemasaran produk kerana sebelumnya produk beliau dijalankan secara manual sahaja. Oleh yang demikian, beliau mengambil inisiatif untuk mencuba mempertingkatkan jualan melalui kaedah promosi atas talian yang menjadi platform terpantas dan mudah. Jadi, beliau telah ke pusat internet bagi mempelajari asas perniagaan atas talian selain mendapatkan servis penggunaan perkakas ICT yang lengkap dan berkualiti.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Di pusat internet, beliau lebih mengikuti kelas menambahkan kemahiran teori dengan membuat carian di internet tentang kemahiran keusahawanan dan kaedah promosi perniagaan yang berkesan. Carian maklumat tambahan juga dilakukan mengenai kaedah pengiklanan melalui platform media sosial terkini. Memilih mempromosi perniagaan di laman ‘facebook’ peribadi ‘Nor Maliza Maulud’, kini beliau sudah memiliki hampir 4959 rakan ‘facebook’. Hasil peningkatan rakan media sosial ini, beliau kini mampu menjana pendapatan sampingan hampir RM2000 sebulan hasil jualan produknya.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

* Mengendali platform sosial media lebih baik melaiui ‘facebook’

* Mempelajari cara membuat urusan jual beli melalui perbankan ‘online’

* Mempelajari cara pengiklanan digital yang lebih meluas

 

 Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

* PI menawarkan bimbingan melalui kelas asas keusahawanan secara percuma.

* Petugas membantu membuat promosi perniagaan dan jualan produk secara terus kepada pengunjung yang datang ke PI.

* PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

* PI menyalurkan maklumat tentang kursus-kursus keusahawanan yang boleh di hadiri untuk meningkatkan kemahiran.