KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 3 TAHUN  2020)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Puan Nasyrah merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau telah memilih untuk berhenti bekerja disebabkan kekangan masa untuk bersama anak-anak dan suami yang kurang disebabkan waktu bekerja mengikut jadual ‘shift’. Pekerjaan beliau sebelum ini ialah seorang sukarelawan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Asal mula penglibatan beliau di PI apabila beliau membuat keputusan untuk belajar komputer dan kemahiran media sosial ICT kerana ingin berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian. Puan Nasyrah hanya tahu menggunakan komputer untuk menaip kerja biasa sahaja. Beliau tidak mempunyai idea untuk menggunakan aplikasi dalam komputer dan kemahiran menggunakan komputer juga hanyalah pengetahuan asas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas rekomendasi dari rakannya, beliau telah pergi ke pusat internet untuk belajar komputer. Ternyata pilihan Puan Nasyrah menggunakan perkhidmatan PI adalah sangat tepat. Beliau berasa sangat selesa mengikuti kelas ICT disini. Persekitaran bersih, suasana tenang dan terkawal, penyelenggaraan komputer yang baik membantu mewujudkan emosi belajar yang selesa. Dari segi pengetahuan ICT pula, beliau boleh dikategorikan sebagai pengguna komputer berpengetahuan asas. Boleh menggunakan komputer, namun tidak lengkap. Setelah mengikuti kelas bimbingan ICT dari petugas khususnya microsoft power point dan microsoft word, ‘website’ & media sosial, tahap kemahiran beliau semakin bertambah. Sifat rajin bertanya membuatkannya begitu optimis dan cepat memahami penggunaan perisian komputer tersebut. Kini beliau mampu mengendali komputer dengan pengawasan yang kurang dari petugas.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul.

- Mempelajari ilmu asas Microsoft office seperti power point & word.

- Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan dashboard.

- Mempelajari panduan klik dengan bijak serta keselamatan penggunaan komputer.

- Mempelajari cara asas mengendali alat perkakasan perkomputer sampingan seperti mesin pencetak dan penggunaan USB.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

- Memberi kelas bimbingan ICT percuma

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisian komunikasi terkini.

- Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

- Menyediakan ruang persekitaran pembelajaran yang tenang, selamat dan kondusif demi keselesaan pengguna.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU KE - 3 TAHUN  2020)

USAHAWAN

 

 

Latar belakang

Muhammad Nooradli atau lebih mesra disapa adli merupakan seorang usahawan muda dalam bidang perkhidmatan percetakan ini. Beliau merupakan seorang bekas pelajar tingkatan enam yang telah mengambil keputusan untuk menjalankan perkhidmatan ini secara serius sebaik tamat persekolahan. Oleh sebab minat yang mendalam dalam bidang ini, beliau mengambil langkah drastik memulakan perniagaan ini seawal mungkin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai seorang yang mahir dalam pengendalian komputer dan perisian ICT, beliau tidak mudah jemu untuk menuntut ilmu. Beliau rajin untuk hadir ke pusat internet bagi mempelajari ilmu ict baru serta berkongsi idea bersama petugas PI tentang perkembangan ICT dan teknologi terbaharu. Beliau komited untuk belajar aplikasi-aplikasi terbaru yang ada kini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh yang demikian, beliau mengambil langkah memperluaskan lagi rangkaian pengiklanan perkhidmatan percetakan  beliau. Melalui perkongsian idea dan panduan daripada petugas pusat internet, beliau diterangkan secara lisan tentang asas keusahawanan contohnya kemahiran usahawan ‘online’, penjualan melalui telefon, cara merekod tempahan dan melayari laman internet bagi tujuan pemasaran terbaik. Beliau juga menggunakan medium telefon (whatsapp) dan ‘faceboook’ bagi tujuan pemasaran. Hasilnya, beliau banyak menerima tempahan cetakan dokumen / foto hampir setiap hari. Beliau juga mampu untuk membeli mesin asas cetakan sendiri hasil dari perniagaan yang dijalankan

 

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara melayari laman web yang selamat dan betul bagi carian maklumat

- Mempelajari cara merekod tempahan.

- Mempelajari dan menggunakan medium komunikasi media sosial seperti ‘facebook’ dan telefon bimbit (whatsapp).

- Mempelajari cara menarik pelanggan melalui promosi dan iklan jualan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu meningkatkan tahap penguasaan ICT

- Memberi kelas bimbingan asas keusahawanan percuma.

- Perkongsian pendapat dan idea baru bagi menarik minat pelanggan.

- Meningkatkan keyakinan dalam menggunakan aplikasi / perisisan komunikasi terkini.

- Mengembangkan hubungan media sosial bagi tujuan komunikasi.

- Membantu mempromosikan produk usahawan.