KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-2 2016)

 

CELIK IT

 

 

Latar Belakang

Puan Rafiah merupakan seorang wanita berusia 49 tahun dan bekerja sendiri. Beliau telah menjadi ahli PI hampir 4 bulan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini Puan Rafiah tidak pernah datang ke pusat internet. Namun setelah diajak berulang kali oleh anaknya, beliau telah ke pusat internet untuk belajar komputer. Ketika itu, beliau tidak tahu langsung menggunakan komputer apatah lagi untuk melayari internet (ICT). Pada mulanya beliau berasa segan, rendah diri dan tidak yakin untuk belajar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas komputer dan ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Parit Bilal Rembah, beliau kini sudah boleh menggunakan komputer sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari petugas. Beliau turut telah memiliki akaun facebook sendiri bagi tujuan komunikasi sosial bersama kenalan dan keluarga. 

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*  Mengenali komponen-komponen asas pada komputer dan cara melayari internet.

Mempelajari cara mendaftar akaun facebook.

* Mempelajari cara mengemaskini profil, menambah dan mengesahkan permintaan menjadi kenalan, membaca dan membalas mesej serta menonton video facebook.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Petugas memberi panduan yang mudah difahami langkah demi langkah.

Keyakinan diri Puan Rafiah semakin bertambah untuk menggunakan ICT dan tidak rasa malu, segan dan rendah diri lagi.

Puan Rafiah sudah boleh mengendalikan komputer sendiri tanpa pengawasan sepenuhnya oleh petugas.
 
 
 
 
 
 
USAHAWAN 'ONLINE'
 
 
 
 
 
Latar Belakang

Cik Afifah merupakan graduan lepasan diploma berusia 21 tahun yang telah berazam untuk menceburkan diri dalam bidang bakeri walaupun mengambil jurusan pengajian berlainan. Beliau menjalankan perniagaan bakeri di rumah. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap penghasilan bakeri, beliau mula serius dalam bidang ini sebaik tamat pengajian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan bakeri beliau hanya dilakukan dari rumah sahaja. Pada permulaannya sambutan amatlah kurang. Hanya jiran terdekat, saudara-mara dan rakan rapat sahaja yang tahu kerana kurang promosi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Parit Bilal Rembah, beliau dapat menyediakan segala maklumat secara terperinci tentang perniagaan beliau kepada orang ramai seperti jenis-jenis roti, pencuci mulut dan sebagainya serta waktu operasi dan tempat operasi. Beliau memilih untuk memperbanyakkan risalah sebagai bahan edaran dan rujukan kepada pelanggan. Melalui pembelajaran di pusat internet, beliau telah sedaya upaya mereka risalah yang ringkas tapi menarik dan terperinci berkaitan perniagaan bakeri beliau. Hasilnya, beliau kini dapat menerima sebarang tempahan bagi mereka yang ingin menempah roti untuk majlis kenduri persendirian, koperasi sekolah dan majlis keraian kecil. Disamping itu, dengan bimbingan dari petugas yang mengajarnya menndaftar produk dalam modul My Shop – Dashboard, beliau bukan sahaja dapat melebarkan sayap perniagaan, malahan meningkatkan pendapatan. Melalui promosi di media sosial, beliau boleh melihat respon dari pelanggan yang pernah membeli produknya. Cik Afifah turut dapat melihat produk-produk perniagaan lain seluruh Malaysia.

 

Apa yang dipelajari melalui PI
 

Melayari internet untuk mencari peluang-peluang mengikuti kelas kemahiran bakeri serta mendapatkan resepi-resepi terkini melalui saluran yang betul.

Mempelajari cara membuat risalah perniagaan yang mudah tapi menarik dan terperinci untuk rujukan pelanggan.

Mempelajari cara mendaftar produk dalam Dashboard PI-My Shop.

 
 
 
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
 

Petugas memberi panduan yang mudah difahami langkah demi langkah.

Beliau kini boleh mengembangkan maklumat produk yang disediakan melalui 2 saluran iaitu edaran risalah dan dashboard PI.

Penduduk setempat sudah semakin ramai mengetahui produk bakeri yang beliau jual selain sekolah dan kakitangan kerajaan.

Pendapatan meningkat lebih banyak berbanding sebelum ini.