KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-3 2016)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Nooradli merupakan pelajar tingkatan 4 dan bersekolah di SMK Telok Kerang, Pontian. Beliau telah menjadi ahli PI sejak 13 bulan yang lalu dan meminati bidang multimedia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nooradli mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer memandangkan beliau pernah mengambil subjek multimedia di sekolahnya. Beliau meminati bidang pembuatan dan suntingan video namun minatnya terbantut kerana ketiadaan fasiliti komputer/laptop dan capaian internet di rumah. Jadi, beliau hanya boleh menggunakan komputer dan capaian internet sewaktu kelas multimedia di sekolah dengan tempoh masa yang terhad.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melihat kepada kepentingan mempunyai fasiliti komputer dan capaian internet demi menyelesaikan tugasan sekolah, beliau telah datang ke Pusat Internet Rambah untuk menggunakan perkhidmatan disini. Beliau telah membuat pinjaman netbook bertujuan menyiapkan tugasan subjek multimedia yang diberikan guru sekolah. Melaluinya juga beliau aktif melibatkan diri menyertai pertandingan membuat video yang dianjurkan SKMM melalui saluran PI. Beliau kerap hadir menggunakan capaian internet bagi mencari sumber rujukan dan bahan tambahan kerja rumah dan pembuatan videonya. Nooradli tidak lagi menghadapi masalah kekangan masa bagi menggunakan capaian internet. Hasil dari penglibatan diri dengan PI, beliau pernah menyertai Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016 yang telah lalu. Kini beliau sedang fokus menyertai dua lagi pertandingan iaitu Pusat Internet’s Best Video dan pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital (Klik Dengan Bijak).

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*   Mempelajari cara merakam video dari sudut yang betul serta berkualiti.

*   Mempelajari cara asas suntingan video bagi amatur.

*   Mendapat syor/cadangan idea tentang video tutorial yang boleh dirujuk sebagai panduan tambahan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

*   PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

*  PI menjadi platform dalam menyediakan pelluang bagi menyertai pelbagai pertandingan peringkat tinggi yang melibatkan penyertaan se Malaysia.

*   Petugas PI berkongsi idea dan memberikan komen tentang isi kandungan yang bersesuaian dengan tema video yang dibuat.

*   Meningkatkan kemahiran suntingan video melalui software Cyberlink Power Director.

*   PI menyediakan kelas ICT percuma.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-3 2016)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Puan Salwa merupakan kakitangan di Perpustakaan Desa Parit Bilal Rembah yang menjalankan perniagaan tudung sebagai pendapatan sampingan. Beliau memilih produk tudung sebagai jenis perniagaan kerana ia tahan lama dan sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya beliau menjual secara kecil-kecilan dalam kalangan keluarga dan rakan sekerja sahaja. Memilih cara jualan melalui promosi mulut ke mulut, tahap jualan beliau pada awal perniagaan berjalan secara perlahan namun tidak putus. Oleh kerana beliau berazam untuk meningkatkan tahap jualan tudung, beliau telah ke PI Rambah untuk belajar mempromosi perniagaan melalui sosial media. Puan Salwa memilih untuk membuat promosi di laman ‘facebook’ memandangkan ia merupakan medium yang popular dan berkesan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari cara membuat ‘facebook’, beliau telah gigih membuat iklan dan promosi tudung jualannya di laman tersebut. Laman ‘facebook’ beliau sentiasa dikemaskini sekiranya terdapat stok baru ataupun apabila beliau membuat jualan potongan harga. Gambar-gambar tudung yang di muat turun juga di sunting dengan kreatif bagi menarik perhatian pembeli. Hasilnya, jualan beliau telah bertambah dan mendapat permintaan ramai berbanding sebelum ini. Beliau juga telah mendapat pelanggan tetap yang sering membuat tempahan ulangan tudung tersebut.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*   Mempelajari cara membuat akaun 'facebook' untuk promosi perniagaan.

*   Mempelajari cara membuat urusan jual beli secara atas talian.

*   Mempelajari cara membuat suntingan gambar produk untuk tujuan iklan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

     *   PI menawarkan bimbingan melalui kelas asas keusahawanan.

     *   Petugas membantu membuat promosi perniagaan kepada pengunjung PI yang lain.

     *   PI mencadangkan lebih dari satu medium sebagai platform memasarkan perniagaan antaranya ‘facebook’ dan ‘whats app’.

     *   PI menyalurkan maklumat tentang kursus-kursus keusahawanan yang boleh di hadiri untuk meningkatkan kemahiran.