KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-4 2016)

CELIK IT

 

 

Latar belakang

Dhayalen merupakan pelajar darjah 6. Beliau telah menjadi ahli PI sejak 2 tahun yang lalu dan merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan pusat internet yang aktif.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dhayalen merupakan satu-satunya pengguna berbangsa India dalam golongan kanak-kanak yang menjadi pengguna aktif perkhidmatan pusat internet Parit Bilal Rembah. Beliau kerap hadir ke pusat internet selepas waktu sekolah untuk melayari internet ataupun untuk membuat tugasan sekolah. Pada awalnya beliau tidak mahir tentang peralatan dan cara-cara menggunakan perkakasan komputer serta melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Memikirkan bahawa beliau perlu bersaing dengan rakan-rakan seusia dari bangsa yang berlainan, Dhayalen telah meluangkan sedikit masa untuk kerap hadir ke pusat internet bagi menghadiri dan mempelajari ilmu ICT yang diadakan oleh petugas pusat internet. Beliau seorang yang rajin belajar, mendengar arahan dan suka bertanya sebarang perkara yang tidak difahami. Kini, beliau telah menguasai kemahiran asas Microsoft office (word) dan juga mampu untuk mencari bahan pembelajaran ilmiah melalui internet. Lebih menarik, keupayaan beliau untuk bersosial semakin baik kerana beliau tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan seusia berlainan bangsa disebabkan pergaulan baik semasa berada di PI.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*   Mengenali nama dan fungsi perkakas komputer dengan baik.

*   Mempelajari beberapa komponen Microsoft Office (word-membuat kerja sekolah, power point-membat slide) bagi tujuan akademik.

*   Melayari laman web yang betul berkaitan carian soalan latihan akademik.

*   Melayari laman web yang betul berkaitan carian soalan latihan akademik.

*   Mempelajari beberapa menu E-Pembelajaran bagi tujuan peningkatan ilmu am.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

*   PI memberikan kelas tambahan ICT secara percuma kepada pengguna/ahli berdaftar.

*   Petugas PI memberi bimbingan secara langsung dan terus kepada peserta kelas/pengguna jika terdapat sebarang masalah atau jika ada yang tidak faham.

*   Ilmu pembelajaran kelas ICT sentiasa dikemaskini dan mengikut perkembangan semasa demi memenuhi keperluan peserta.

*   PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

*   PI menjadi platform dalam menyediakan perbincangan dan pertukaran idea antara peserta kelas dalam mengembangkan pengetahuan ICT.

 

 

KISAH KEJAYAAN

(SUKU TAHUN KE-4 2016)

USAHAWAN ONLINE

 

 

Latar belakang

Cik Nadia merupakan graduan lepasan IPTA yang memilih untuk menjalankan perniagaan membuat karipap sejuk beku milik keluarga sebagai pendapatan utama sebelum mendapatkan pekerjaan tetap yang lain. Beliau memilih produk berasaskan makanan ini kerana ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan berterusan dalam pasaran selain tahan lama kerana disimpan secara sejuk beku.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Di awal pembabitan dalam perniagaan, beliau menjual karipap sejuk beku tersebut secara kecil-kecilan dalam kalangan keluarga dan jiran kampung sahaja. Promosi jualan hanyalah secara lisan (promosi mulut ke mulut). Tahap jualan beliau berjalan secara perlahan namun tidak putus. Oleh yang demikian, beliau mengambil inisiatif untuk mencuba mempertingkatkan jualan karipap sejuk bekunya melalui kaedah promosi atas talian pula. Jadi, beliau telah ke pusat internet bagi mempelajari asas perniagaan atas talian. Anggaran jualan karipap sejuk bekunya pada awal perniagaan adalah sekitar 200-300 biji sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Di pusat internet, beliau telah mengikuti kelas keusahawanan antaranya cara-cara perniagaan atas talian, perbankan online, melihat resepi masakan kuih melalui ‘youtube’ dan edit gambar produk. Hasilnya, beliau telah tahu bagaimana menguruskan kewangan melalui jual-beli menerusi perbankan ‘online’, meningkatkan bilangan produk jualan melalui pembelajaran resepi baru serta pembuatan iklan dan gambar produk yang menarik dan meyakinkan pembeli. Tidak dapat dinafikan, kadar jualan beliau telah bertambah dan mendapat permintaan pembeli luar. Beliau juga telah mendapat pelanggan tetap yang sering membuat tempahan ulangan karipap sejuk beku tersebut terutamanya dari kakitangan pejabat kerajaan. Peningkatan jualannya adalah sebanyak 2 kali ganda berbanding sebelum ini. Pernah juga beliau menerima tempahan sehingga 500 biji karipap dari sebuah agensi kerajaan dalam satu-satu masa.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

*   Mempelajari cara resepi terbaik dan terkini melalui laman web dan tutorial masakan (youtube).

*   Mempelajari cara membuat urusan jual beli melalui perbankan 'online'.

*   Mempelajari cara mengambil dan mencatat tempahan pembeli.

*   Mempelajari cara membuat suntingan gambar produk untuk tujuan iklan.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

*   PI menawarkan bimbingan melalui kelas asas keusahawanan 'online'.

*   Petugas membantu membuat promosi perniagaan kepada pengunjung PI yang lain.

*   PI sentiasa optimis dalam mencadangkan laman web/tips ICT terkini untuk dijadikan rujukan yang berkesan dan berguna.

*   PI menyalurkan maklumat tentang kursus-kursus keusahawanan yang boleh dihadiri untuk meningkatkan kemahiran.